Sheikh Misyari Rasyid AlAfasy Live in Malaysia - Getaran Hijrah Malam Cintakan AlQuran, PWTC, 26 September 2019
First time
den dengar Sheikh Misyari Rasyid AlAfasy baca surah Al-Mulk 5,6 tahun lepas,
den terus jatuh berkenan teruk dengan suara dia.
Memang ramai
legends lain macam Sheikh Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz as-Sudais, Abdul-Basit
Abdus-Samad, Saad Al Ghamidi dan Saud ibn Ibrahim ibn Muhammad al-Shuraim
(sumber: musliminc.com) tapi tak tau kenapa suara nan satu ni extra menusuk
kalbu.
Masa den
pernah tengok youtube Sheikh AlAfasy imamkan solat di Mekah ke Madinah,
terdetik kat hati den 'kalau dapat solat jemaah dengan AlAfasy sure best.'
Alhamdulillah
rezeki den dapat solat Isyak yang dipimpin oleh AlAfasy di dalam majlis Sheikh
Misyari Rasyid AlAfasy Live in Malaysia - Getaran Hijrah Malam Cintakan AlQuran
di PWTC semalam.
Bila
kebanyakan orang cakap depa suka Surah Ar-Rahman recital oleh Sheikh AlAfasy,
den dok tertanya-tanya kat hati 'eh best daripada surah Al-Mulk ke bacaannya'.
Benarlah
sebagaimana ayat 'maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan' yang
diulang sebanyak 31 kali di dalam surah Ar-Rahman sebab dalam 1 majlis, Allah
makbulkan sekaligus 3 rasa isi den iaitu:
1. Berada
dalam 1 majlis bersama Sheikh AlAfasy.
2. Solat diimamkan
oleh Sheikh AlAfasy.
3. Bacaan
surah Ar-Rahman live oleh Sheikh AlAfasy.
Allah bagi
extra lagi iaitu Tahsin surah Al-Fatihah dan 3 Qul bersama Sheikh AlAfasy.
Kalau nak
diikutkan den tak tau pun Sheikh AlAfasy nak datang Malaysia. Alih-alih terbaca
1 whatsapp pasal majlis ni dalam whatsapp group yang den jarang amik kisah pun.
Dah la organizer Mahabbah Malaysia pun den tak pernah tau kewujudannya.
Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui dan Maha Pemberi Rezeki. Digerakkan hati den untuk buka
whatsapp tuh dan seterusnya membeli tiket event ni.
Sayang
sungguh Allah kat den. Walaupun den dok lagho dengan macam-macam hal, Allah
kabulkan juga bucketlist den pasal Sheikh AlAfasy ni.
Tinggal 1
bucketlist den berkaitan Sheikh AlAfasy ni iaitu bacaan surah Al-Mulk live oleh
beliau. In sya Allah semoga Allah kabulkan doa den yang satu ini di masa akan
datang.
Masa solat
Isyak tuh, macam tak terasa panjangnya surah yang Sheikh AlAfasy baca sebab
merdu dan lunak naw suaranya. Kalau beliau baca Surah Al-Kahfi pun agaknya mungkin
tak perasan juga panjangnya surah tu. Tapi kalau baca surah Al-Baqarah, memang
mati kejung la den sebab surah tuh paling panjang kot hehehhehehee.
Live Quran
recital oleh Sheikh AlAfasy memang superb. Menusuk kalbu dan menjadi halwa
telinga yang sangat best. Kena plak dengan sound system yang mantop. Memang
meletops.
Den ada
rekodkan bacaan Sheikh AlAfasy masa event tapi of course tak sama dengan live
version. Jauh beza sungguh. Ke telefon den ni kodi.
Den lone
ranger je pergi majlis ni. Sempat berkenalan dengan puan yang datang dari
Jakarta just to joint the program. Dia cakap dia dah booking everything baru
dapat tau yang Syeikh AlAfasy nak datang Jakarta. Dia kata in sya Allah dia
akan joint juga program di Jakarta nanti.
Program
Syeikh AlAfasy di Jakarta adalah percuma ye sebab samada Kerajaan Indonesia
atau penaja nak bagi peluang ramai rakyatnya joint program tuh. Untungnya
rakyat Indonesia sebab ada mereka yang prihatin camtuh.
Semuanya
best tentang program ni. Details tentang full program in sya Allahden akan
cerita dalam post yang akan datang nanti ye sebab ada aktiviti lain juga selain
slot bersama Syeikh AlAfasy.
Korang boleh
tengok program Getaran Hijrah Malam Cintakan AlQuran termasuk slot bersama
Syeikh AlAfasy di
Den buat
post khas pasal slot bersama Syeikh AlAfasy sebab den super happy Allah izinkan
den bersama-sama dalam majlis Syeikh AlAfasy walaupun den adalah terpleot dan
lagho di sana sini.
Yang
mencabarnya dalam program Getaran Hijrah Malam Cintakan AlQuran tuh adalah
nak menjaga wuduk dari 6.30 pm sampai solat Isyak sebab den malas nak keluar
dari dewan hehehehehehe.
2 Comments
sedap dan merdu bacaan Al-Qurannya.
ReplyDeleteMemang lunak dan menyentuh hati. My favourite Qari setakat ni.
Delete