Akhirnya setelah 6 bulan den dan seorang travel buddy berjimbaan ke Koh Lipe pada 7 hingga 9 Mac 2019 yang lepas, baru la den ada mood dan masa nak mula mencoretkan kenangan dan pengalaman travelling, short getaway kitaorang tuh.
Kalau korang memang avid traveller atau spesies traveller yang adventurer dan rajin nak study pelbagai info through website, blog, FB, etc, korang memang boleh je berjimba ke Koh Lipe tanpa bantuan dan guidance daripada travel agency k. 

Tapi disebabkan den dan member den, adalah bukan termasuk dalam golongan traveller macam yang den mention kat atas + tidak jua rajin nak siasat info beriya-iya, makanya kitaorang booking pakej travel Koh Lipe yang kitaorang berkenan dengan harga yang tidak membocorkan poket daripada travel agent yang boleh dipercayai dan diharapkan. 

Pakej yang kitaorang ambil tuh dah merangkumi boat pergi balik Langkawi - Koh Lipe, Koh Lipe - Langkawi, hotel dengan breakfast halal, full day snorkeling trip, etc. Nih in sya Allah den cerita details dalam next entry ye.

Korang kalau pergi berjimba dengan kengkawan tak kisah la ke Korea ke, Koh Lipe ke, Kota Bharu ke mahupun ke shopping mall sebelah ofis (eh...apa kaitannya ye hehehehehe) mesti cuba sedaya upaya pilih orang yang boleh ngam kepalanya, tidak berkira, boleh berlebih berkurang, tak banyak cekadak, etc supaya sesi berjimbaan korang happy, fun dan chill k. 

Yalar untuk rakyat marhaein cam kita ni ha, yang ada banyak hutang bertingket-tingket, yang ada komitmen macam-macam, yang tak lahir dalam dulang emas, yang memang kalau nak berjalan tuh kena ada tabung berjimbaan (tak kisah la tabungan duit hijau ke duit oren ke, main kutu ke, etc), kita memang mengharapkan percutian kita tuh berbaloi sangat sebab udah la jenuh menabung kan, kita pun tak sure lagi bila la gamaknya kita nak repeat tempat yang kita pergi tuh.

So make sure choose your travel buddy and travel agent wisely tau supaya tak mematahkan hati di kemudian hari. Chewah hhehehehehehe.

Bagi den of course la kalau buat sendiri itinerary tuh lebih best dan mungkin boleh ada penjimatan tapi okay je la kalau korang nak guna travel agent pun asalkan pakej yang ditawarkan adalah within bajet, cover tempat yang memang korang nak pergi, etc. Dah korang tak payah nak pening-pening fikir pasal hotel, transportation, makan, etc bergantung pada pakej yang korang pilih. Nak yang macam-macam ada kebabom bagai itinerary dia, maka meletops juga la duitnya hehehehhe. Tepuk poket tanya berapa duit yang ada kat situ. Sediakan duit dan bawa badan je gitu konsepnya hehehehehehe.

Koh Lipe memang sangat cantik ye. Berbaloi-baloi datang ke sini. Breathtaking view, crystal clear seawater, white sandy beach, fresh seafoods, handsome beach boys (eh....tetiba hhehehehe). Memang sesuai untuk korang yang nak berehat-rehat, bercanda di pasiran pantai, tengok sunset, makan sampai lebam, etc.
Mana-mana tempat yang korang kena naik bot, korang kena check jadual monsun bagai ye. Biasanya orang berjalan ke Koh Lipe ni dari Oktober ke Jun. Bley je kalau korang nak berjimbaan ke Koh Lipe dari pertengahan Jun ke pertengahan Oktober tapi kena naik speedboat dari Pak Bara. 

Eh panjang plak cerita den dalam entry ni ye. Esok-esok la ye kita sambung cerita pasal Koh Lipe yang memang awesome nih. 
Great vacation seharusnya dipenuhi dengan great activities, lots of delicious foods, creating wonderful and sweet memories with your best travel buddy.

Biasanya kalau pergi berjimbaan ni kan, samada korang akan berangan dan plan vacation seterusnya masa korang tengah melepak-lepak di percutian pada masa tuh atau you will need a vacation from your vacation gitu hehehehehe. 

Baru je den dok mencari mojo nak mengingatkan semula moment indah di Koh Lipe dan mencoretkannya di blog ni, member den dah mula nak masuk jarum. Sakan dia dok tag den kat FB bagai tempat-tempat menarik yang dia nak pergi.

Dah beberapa kali dia dok ajak ke Korea sebenarnya. Nak main salji katanya kat sana. 
Mak budak yang sibuk nak pergi Korea tuh
Kalau korang ada merancang nak berjalan ke tempat yang bermula dengan huruf K pada tahun ni, walaupun bukan Koh Lipe tetapi Korea, korang boleh tengok Pakej Percutian Ke Korea yang ditawarkan ye.

Disebakan den dah pernah ke Korea berkursus pada tahun 2006, den takde la rasa nak pergi sana lagi dalam masa terdekat ni ha. Tapi tengoklah nanti kalau aura pujukan member tuh berbisa, harus la den tewas juga hehehehhee. In sya Allah nanti den sambung cerita pasal sesi berjimbaan ke Koh Lipe ye.

0 Comments