Antara apartment best yang kitaorang satu family pernah menginap sebab biliknya memang awesome, rasi beno dengan taste kitaorang. 
Kitaorang ambil family apartment yang ada 2 bilik, 2 bilik air, 1 ruang tamu, 1 dapur siap dengan perabot bagai. Memang selesa sangat sebab besar, kemas dan bersih. Budak-budak memang enjoy la berlari ke hulu ke hilir. Walaupun siaran televisyen dia ala-ala pening sikit, kejap ada kejap takde tapi kitaorang still rasa okay je sebab apartment tuh itself cozy dan sesuai sangat untuk kitaorang sekeluarga.
Persekitaran resort ni pun tenang banget. Malam-malam sunyi sepi. Memang best untuk kitaorang yang duduk di bandar yang kadang-kadang pukul 2 pagi pun boleh dengar orang merempit. Macam suasana kat kampung-kampung sangat. Untuk orang tua macam den yang hatinya cepat naw tercopot-copot, memang la mendambakan suasana aman damai cam kat sini.

Den memang puas hati gila dengan apartment ni. Memang besar dan comel banget family apartment ni. Den rasa kalau studio apartment pun dah cukup untuk kitaorang berempat tapi masa tuh den tak ingat kenapa den ambil family apartment, maybe sebab studio apartment dah penuh kot (dah tua-tua ni cepat naw lupanya huhuhuhuhu padahal ceritanya hujung bulan Ogos je kot).

Walaupun tak boleh memasak di dapur, den rasa okay je sebab restoran seafood memang banyak kot kat area sini. Sekali sekala berjalan gantung la kejap periuk belanga ye.

Kalau kita memang jenis adventure, memang boleh la menapak dari resort ni nak ke Pantai Bagan Lalang. Rasanya dalam 10 minit je. Tapi disebabkan den melemau makanya naik kereta la kita ke pantai tuh hehehehehe.

Breakfast yang disediakan (dah termasuk dalam pakej apartment tuh) memang sempoi habis ye. Ada nasi lemak, nasi goreng, roti bakar dan jem, camtuh je la. Breakfast memang asal kenyang gitu je la hehehehehhee.
Breakfast sambil bergossipan dengan buong sementara tengokkan kiddos mandi pool sampai pukul 11 am. Sakan ye budak-budak ni mandi pool padahal depa kan dah biasa mandi pool kat apartment tuh.

Apartment memang best + persekitaran yang sunyi sepi (sesuai untuk berehat) + lokasi sepelaung dari Pantai Bagan Lalang + breakfast yang sempoi nak mati + pool yang buat budak-budak gembira.

Memang antara penginapan terbaik yang kitaorang pernah tidur bermalam cuma breakfast tuh la yang tak beberapa nak best.

4 Comments

  1. jika ada masa ingin ke sana. dahulu sempat ke Morib je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sesuai untuk family berehat-rehat abam kie

      Delete
  2. Menarik jugak hotel ni. Lama tak ke Bagan Lalang. Last pergi buat picnic kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel memang best cuma breakfast tuh kureng skit hehehehehee

      Delete