Pelajar Automotif belajar bagaimana memilihproduk dengan betul melalui WD-40®
Tujuh orang pelajar dari School
of Skills di Setia Alam baru-baru ini didedahkan dengan kerja-kerja praktikal
dalam kehidupan sebenar. WD-40® telah menganjurkan satu projek yang
mencabar pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam ilmu pengetahuan penyelenggaraan
dan pengubahsuaian kenderaan sebenar. Objektif utama projek ini adalah untuk
mendidik para pelajar tentang teknik-teknik penyelenggaraan dan pengubahsuaian
yang praktikal serta cara memilih produk dengan betul.
Bermula dari hari pertama,
pelajar-pelajar diperkenalkan kepada pelbagai aspek teknikal yang terlibat dan
seterusnya pengenalan kepada produk-produk WD-40® yang boleh digunakan
dalam projek ini. Ketujuh-tujuh mereka merupakan penuntut diploma di dalam
bidang automotif di School of Skills (SOS).
Segala kelengkapan dan keperluan
bagi mengasah teknik yang betul telah disediakan oleh WD-40®.
Tugasan utama para pelajar adalah untuk membaikpulih dan membaiki van lama yang
disediakan pihak penganjur supaya dapat berfungsi semula melalui bahan-bahan
dan produk-produk yang telah disediakan.
Projek sepanjang 3 bulan yang
bermula dari Jun telah tamat pada 30 Ogos. Kini, van yang digunakan dalam
projek tersebut telah berjaya dibaikpulih dan digunakan untuk aktiviti-aktiviti
yang dianjurkan oleh SOS.
Tujuh orang pelajar yang terlibat
adalah Manoo a/l K Thiruchelvam, Kugan a/l Dore Raj, Tamilvarman a/l Vijayan,
Poa Wei Jie, Tan Jie Sheng, Chow Wey Liang dan Muhamad Hafizi Hamzah di mana
mereka bersemangat menimba pengalaman dan peluang yang menarik.
"Penglibatan dalam projek
ini banyak membantu mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan teknik-teknik
pratikal mengenai baik pulih kenderaan. Oleh itu, saya mewakili rakan-rakan yang
lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada WD-40® dan School
of Skills atas peluang yang telah diberikan," kata Manoo.
Poa turut menyampaikan
penghargaan terhadap pengalaman yang ditimba. "Salah satu perkara yang
paling penting sepanjang projek ini berlangsung ialah saya belajar cara
penggunaan perkakasan dengan betul dan ia memang banyak membantu. Di samping
itu juga, penggunaan produk yang betul juga dapat membantu mempercepatkan dan melancarkan
lagi proses. Kami belajar cara bekerja dengan bijak," kongsi Poa sambil
tersenyum lebar.
Bagi ketua eksekutif SOS Mr. Ken
Foo, turut gembira dan berbesar hati atas kerja sama dari sektor swasta dalam
meningkatkan ilmu pengetahuan golongan muda."
Sebagai wakil untuk pihak
School of Skills, ribuan terima kasih diucapkan kepada penaja projek WD-40®
atas peluang kepada sekelompok belia yang terpilih dan memastikan projek ini
berjaya.
Mr. Marcus Chen, Pengarah Serantau
Asia WD-40® berkata syarikatnya amat berbangga dapat terlibat dalam perkongsian
jenis dan kegunaan produk WD-40® dan diharap ia bakal digunakan
dalam karier mereka pada masa hadapan.
"Kami gembira kerana telah
menjadi sebahagian dari pelajar yang terlibat di dalam projek yang berlangsung
sepanjang 3 bulan ini. Kami berharap pengalaman dan ilmu yang diperoleh dapat
membantu dan digunakan pada masa hadapan”.
Akhir sekali, dunia berputar semakin
pantas, semua orang inginkan sesuatu yang dapat disiapkan dengan lebih cepat
dan berkesan. Jadi, semua sektor termasuk peniaga, penyedia perkhidmatan dan
lain-lain lagi perlu bersaing secara cepat. Dan dalam hal ini, mempunyai
peralatan dan produk yang tepat sangat membantu dalam kerja kami. Oleh sebab
itu, WD-40® menjadi rakan terbaik dan dipercayai sejak dahulu lagi
bagi mereka yang yang terlibat dalam bidang profesional" tambah Chen.
0 Comments