Muzium dan Galeri Seni Bank Negara
Walaupun Muzium dan Galeri Seni
Bank Negara
ni telah dibuka kepada orang ramai sejak tahun 2009, 10 tahun kemudian iaitu 2
minggu lepas pada 2019 baru la den berjaya menjejak kaki ke sini setelah den
tau kewujudan muzium ni pada tahun 2018.
Verdict nya? Jatuh wajib melawat
ke sini kalau korang ke Kuala Lumpur. Destinasi wajib bagi Visit Malaysia 2020
kalau tanya den. Serious sangat berbaloi-baloi.
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara ni bagi den
adalah tempat yang perfect untuk semua orang termasuk budak-budak ye sebab
tempat dia memang bessstttttt sangat. Ha gitu den bagi best nya. Banyak spot
yang instagramable di sini.
Disebabkan den ambil banyak
gambar sangat kat Muzium dan Galeri Seni Bank Negara ni, den akan buat dalam 6 posts
berdasarkan jenis galeri sebab nak bubuh banyak gambar-gambar untuk kenangan
den di kengdian hari.
Seperti biasa disebabkan banyak
sangat gambarnya tak kuasa la den nak letak watermark bagai sebab kemalasan
hehehehehehehe (kalau korang perasan, gambar-gambar kat blog den memang 98%
takde watermark).
Den tak tau orang lain macam mana
tapi den memang adalah mata duitan so muzium nih memang kena sangat la dengan
jiwa den muhahahahahha.
Honestly maklumat tentang sistem
kewangan yang dipamerkan kat sini tidak membosankan langsung, serious sangat
interesting dan memang awesome. Tak tau nak habaq lagu mana bak kata orang
utara hehehhehehehe. Rekabentuk muzium dan layout bahan pameran mempunyai nilai
estetik yang umpppphhh.
Tiada bayaran dikenakan untuk
masuk ke Muzium
dan Galeri Seni Bank Negara ni ye. Hanya perlu mendaftar kat kaunter pendaftaran yang berada
di tingkat bawah.
Sebarang jenis bag tak dibenarkan
dibawa masuk ke mana-mana galeri pameran. Kita boleh simpan beg dan makanan di
dalam locker yang disediakan. Kita bayar deposit RM5 untuk sewa locker dan akan
diberikan 50 sen untuk dimasukkan dalam locker tuh bagi membolehkannya dikunci.
Bila kita pulangkan semula 50 sen tuh, deposit RM5 tuh akan dikembalikan kepada
kita.
Dekat ruang legar di tingkat
bawah ni pun dah menarik ye especially untuk kiddos. Ada board game gergasi,
susunan kotak yang dilukis dan diwarnakan, ada air pancut di luar bangunan,
etc.
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara ni ada tujuh
(7) Galeri Pameran ye:
1. Galeri Kanak-Kanak, Tingkat
Bawah
Tarikan utama di Galeri Kanak-Kanak ni. Terowong RM1 juta. Perasaan den bila melalui terowong ni adalah 'makcik kayo....makcik kayo' hahahhahahaha |
Depa pun sama terkesima dengan mama depa tengok duit berkepuk sana sini |
2. Galeri Bank Negara Malaysia,
Tingkat Satu
3. Galeri Kewangan dan Perbankan
Islam, Tingkat Satu
4. Galeri Ekonomi, Tingkat Satu
5. Galeri Numismatik, Tingkat Dua
6. Galeri Pameran Sementara,
Tingkat Dua
7. Galeri Seni, Tingkat Tiga
Banyak
sangat gambar yang den nak share di setiap galeri. In sya Allah dalam posts
yang akan datang ye.
Bila berjalan kat semua Galeri ni
terutamanya bagi maklumat yang terdahulu, kita boleh tengok rekaan, kreativiti,
inovatif dan kepakaran orang dulu-dulu memang hebat dan tiada tolok
bandingannya bagi den sebab dengan limited resources dan teknologi, depa boleh
hasilkan alat timbangan/sukatan, mata wang, etc yang begitu terperinci,
berseni, cantik, etc yang ada sebahagiannya masih digunapakai/diadaptasi ke
hari ini.
Serious orang dulu sangat hebat. They
were so knowledgeable and skillfull. Kagum den k lagi-lagi bab yang melibatkan
kiraan dan seni ukiran sebab den nih lukis orang lidi pun herot petot
huhuhuhuhu.
Den rasa macam den tak terpegi
plak melawat Galeri Seni, Tingkat Tiga kat muzium ni. Terlupa la ni kisahnya
sebab dah kepenatan. So ni adalah reason utama kenapa repeat lawatan ke Muzium dan Galeri Seni
Bank Negara
ni.
Nanti den cerita serba sedikit
tentang setiap galeri dalam next post ye. Doakan den rajin k hehehehehe.
Of course tak lengkap korang datang
ke Muzium dan Galeri Seni
Bank Negara ni kalau tak ambil gambar tangga Nautilus yang menghubungkan lobi
dengan setiap tingkat. Gambar diambil dari tingkat dua atau tiga ye. Tangga
Nautilus ni adalah simbolik yang menggambarkan kemahuan untuk belajar tanpa
tiada nokhtah.
Suruh buong ambil gambo camni la jadinya sebab
dia cakap dia risau terlepaskan telefon lalu pecah berderai telefonnya.
Definitely not an instagram husband material hehehehehehe.
Di tingkat bawah juga menempatkan
kedai cenderahati dan café.
Den tak sempat masuk kedai
cenderahati. So another reason to repeat this museum.
Sempat den dan buong minum petang
kat café sementara tunggu kiddos main di Galeri Kanak-Kanak. Okay je la makanan
dia. Harga tak la ngeri sangat. Kira okay la harga standard Kuala Lumpur.
Den rasa kalau setakat
berjalan-jalan, main games sekupang dua, baca info seposen cuma, ambil gambar
sikit dan minum petang seminit cuma, paling kurang pun kena spend 3 jam kat
sini cam kitaorang pergi hari tuh.
Kalau nak baca semua info
haruslah spend masa satu hari suntuk di sini.
Too many interesting information,
too little time lagi-lagi bila pergi dengan kiddos. Sibuk nak pantau depa
jangan terosakkan apa-apa bahan pameran sebab sakan kan depa dok
bergelinjangan.
In sya Allah kitaorang akan
datang lagi ke sini sebab serious muzium ni sangat superb.
So untuk maklumat details, korang
boleh tengok:
Waktu Operasi: Isnin - Ahad (10 pagi - 6 petang). Hanya tutup pada 3 hari
pertama Aidilfitri.
Website: http://www.museumbnm.gov.my
4 Comments
menarik tu..nanti nak ajak anak2 ke sini..mesti diaorg suka sbb boleh posing utk IG hehee
ReplyDeleteSerious muzium ni memang superb teruk. In sya Allah memang tak akan menyesal kalau ke sini.
Deleteseronok ni kalau bawa anak-anak. boleh kena duit2 seluruh dunia & feeling kayo..haha
ReplyDeleteFeeling kayo tuh yang paling mahal experiencenya tuh hheheehhe
Delete