Kopi pekat likat, makanan sedap, cozy environment, harga mampu milik, ada spot cantik untuk gambo instagram dan ada tempat letak kereta awam yang betul-betu sepelaung dari restoran ni. Kalau korang tak nak naik kereta sebab nak elak jam, korang boleh je naik MRT sebab restoran ni agak-agak sepelaung juganya dari MRT Pasar Seni.
Memang markah penuh berbintang-bintang la untuk restoran yang baru je beroperasi selama 3 hari ni sebab cukup semua kriteria kat atas.
Banyak sangat spesies makanan dan mnuman yang ada kat sini.

Kalau korang plan nak makan kat sini, better la kosongkan perut dulu sebab korang sure akan terpesan macam-macam sebab asal buka je helaian menu dalam buku menu tuh, korang akan terpanggil-panggil untuk cuba menu yang ada daripada appetizer, main course dan dessert nya.
Menu yang paling top kat sini adalah Chicken Chop. Yang specialnya ada 3 jenis Chicken Chop (Salted Egg, Buttermilk Sauce dan Hainanese). Den sempat cuba Salted Egg Chicken Chop yang didatangkan bersekali dengan fries dan salads. Sos egg salted tuh memang win k. Tak sangka sedap rupanya bila dicicah fries dengan sos egg salted tuh. Chicken chop nya garing kat luar tapi just nice masaknya sebelah dalam. Memang la den makan tak menyembang sebab dok focus nak habiskan food tuh hehehehehehehe.
Kalau dah datang restoran yang namanya ada kopi tak cuba kopinya apa cer kan? Kopi di Luckin Kopi ni special sebab ianya dikisar dari biji kopi segar. Segar dari ladang gitu. Dah sama-sama level dengan kopi hipster gitu. Den minum Luckin Kopi Kaw (chef recommendation gitu).
Den sharekan gambar food yang den sempat ambil gambarnya ye. Ais kacang dia memang meriah k. Penuh bahan dan rasa memang ummmphhhh. Ada banyak dessert lain cuma perut den dah terlebih kuota dah hehehehehehe.
Banana Nutella Toast. Melimpah ruah Nutella nya.
Chicken Popcorn. Crispy sungguh.
Indo Mee
Geng Chow Chicken Bun
Chicken Warpu.
Rojak
Tak sempat nak tunggu semua food sampai untuk difotokan. Food sampai je terus ngap. Sebab tuh la gambar berkumpulan ni sebegini rupanya hehehehehehe.
Kalau korang tak nak makan Chicken Chop, boleh je makan food lain macam pasta. Ada bran ke nak cuba pasta petai? Tak sempat nak cuba pasta petai tadi sebab pasta dah habis huhuhuhuhuhu. Ramai naw orang datang makan sampai habis dah pasta masa den datang dalam pukul 1.30 pm camtuh. Dia memang nak suruh datang sini lagi la ye untuk cuba pasta plak hehehhehehe.

Untuk mereka yang suka bergambo, ada banyak port menarik lagi-lagi yang kat tengah-tengah restoran tuh. Memang on point cahayanya. Meletops korang kalau bergambo kat sini ye.
Sempat juga berposing ye. Chewah:)))
Meh korang tengok dulu antara menu yang sempat den ambil gambonya ni. Boleh dah rancang nak makan apa kalau ke sana nanti. Ada banyak lagi menu lain tau.
Restoran ni belum halal certified lagi sebab baru beroperasi tapi dimaklumkan semua sumber bahan yang digunakan adalah halal. 

Ikutkan hati nak rasa semua food dan drinks yang ada kat restoran ni tapi disebabkan makan beberapa menu pun perut dah sendat sampai nak pecah perut, makanya den berharap nak datang lagi ke sini di kengdian hari, in sya Allah. 

So kalau korang nak makan-makan kat sini, details nya kat bawah nih ye.

Waktu Operasi: Isnin - Ahad (7 pagi - 7 malam)



0 Comments