Turun 15.7 Kilogram Fauziah Talib Ungguli 'Freaky Fitz 20 Days Challenge' Bersama Shaheizy Sam
Bertempat di Battle Arena Malaysia,
Petaling Jaya pada 26 Ogos 2019, Fauziah Talib diumumkan sebagai juara
Cabaran 20 Hari Freaky Fitz setelah berjaya menurunkan 15.7 kilo berat badan
mengatasi 32 peserta lain.
Beliau bersama 8 peserta lain membawa
pulang Pakej Percutian ke Bali 3 hari 2 malam yang disampaikan oleh penganjur.
Bercakap kepada pemberita beliau menyatakan rasa syukur diatas kejayaan yang diraih
dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur khususnya Shaheizy Sam
yang memberi tunjuk ajar bagi menurunkan berat badan dengan cara sihat.
"Selama ini saya telah mencuba
pelbagai cara bagi menangani masalah berat badan saya dan apabila mendapat tahu
Shaheizy Sam nak membantu peminat beliau, saya terus menghantar borang
penyertaan dan rasa sangat bersyukur kerana terpilih dan berjaya. Sepanjang 20
hari kami telah dibekalkan produk Freaky Fitz dan diberi tunjuk ajar secara
berkumpulan oleh Shaheizy Sam. Sekarang saya tahu tidak susah untuk menurunkan
berat badan dengan cara yang betul”.
Seorang lagi peserta Shafiee Zainal
Abidin menyatakan kegembiraannya dengan penganjuran program tersebut. "
Saya rasa program sebegini perlu diteruskan oleh Shaheizy Sam, kerana saya
percaya ramai di luar sana yang ingin menurunkan berat badan tetapi tidak
mencapai impian tersebut kerana tidak ada mentor atau rakan yang memberi tunjuk
ajar serta galakan, kebanyakan buat separuh jalan. Saya sendiri telah beberapa
kali cuba untuk menurunkan berat badan tapi tak berjaya, tapi setelah dipilih
masuk ke program ini saya dapat turun 14.6 kilo dalam masa 20 hari. Produk
minuman Freaky Fitz yang diberi kepada kami pun banyak membantu, perasa tehnya
pun sedap.”
Shaheizy Sam yang ditemui pemberita
menyatakan kegembiraannya di atas kejayaan semua peserta. " Saya pada
mulanya hanya nak bantu rakan terdekat untuk turunkan berat badan, dalam proses
5 hari pertama kami mendapat idea mengapa tidak membuka peluang ini kepada
peminat, saya juga terkejut apabila saya maklumkan dalam IG dan Facebook saya
jumlah yang nak menyertai program ini hampir 22 ribu orang”.
Ini menunjukan ramai rakyat Malaysia
yang mengalami masaalah berat badan dan nak kurus tapi tak tahu kaedah yang
terbaik. Ada juga permintaan untuk diadakan Freaky Fitz 20 Days Challenge untuk
kumpulan kedua, tengoklah nanti."
Pada
majlis itu juga telah diadakan Pelancaran Produk Freaky Fitz. Produk minuman
berperisa Teh Limau Markisa ini diperkaya dengan serbuk Guarana serta Hoodia
Gordoni bagi membantu menjaga pemakanan dan memberi tenaga sepanjang hari.
2 Comments
power betul eh boleh turun sebanyak tu! salute
ReplyDeleteKan....memang hebat depa yang joint 20 days challenge ni
Delete