Selepas 19 Tahun
Alhamdulillah ada rezeki
berjumpa semula selepas 19 tahun walaupun tak cukup korum untuk simple dinner Rabu
malam lepas. Missing sorang je konco-konco sebab dia balik kampung. Perancangan
pun adhoc naw. Selasa pagi rancang. Rabu malamnya dah kejadiannya hehehhheehehe.
Kali terakhir kitaorang
jumpa adalah masa graduated pada tahun 2000.
Walking/a trip down the
memory lane sungguh mini reunion ni.
Memang tak cukup masa nak
sembang segala macam benda dari kenangan zaman belajar dan life sekarang:
1. khabar mak ayah dan
keluarga masing-masing;
2. update tentang
kawan-kawan lain yang satu batch. Of course ada yang ingat nama tak ingat rupa.
Ingat rupa tak ingat nama;
3. sesi menskodeng
kawan-kawan lama di FB. Ada yang dah beruban, ada yang kekal awet macam
kitaorang belajar dulu, etc;
4. mengenang konco-konco
zaman belajar. Yang bantai tidur 2 hari berturut-turut sementara nak tunggu
duit biasiswa masuk akaun, yang ada motor Panther, etc;
5. kawan-kawan yang ada PhD
(depa sangat terror k. Den ni nak membezakan ayat majmuk dengan ayat tunggal
pun berpeluh-peluh);
6. subjek-subjek masa kitaorang
belajo dulu. Subjek Kimia Persekitaran yang ramai kantoi;
7. lecturers yang lenient
bagi markah, lecturers yang biliknya di Dewan Anwar Mahmud (DAM), lecturer yang
handsome tapi telah lupa apa namanya, lecturer pakar gempa bumi (pergerakan
plat tektonik bagai), lecturer yang bawa kitaorang pergi kerja lapangan di
Pulau Sibu, etc.
8. tesis kulit udang
(kitosan) bagai;
9. of course harus la
mengenang crush dan cinta yang tak kesampaian di zaman BBNU tuh hehehehehe; dan
macam-macam cerita lagi la.
Macam berjanji plak depa ni
semua bertudung hitam sebab depa ni orang-orang hebat berkaitan pendidikan dan
parenthood. Kalau yang lagi sorang tuh dapat joint sekali reunion ni gamaknya
dia pun pakai tudung hitam.
Den sorang je la yang
tudung warna warni sebab den sorang je sesat menjebakkan diri di dalam arena
mengira dan mengukur gigi dinosaurs.
Not helping depa semua
flawless tapi den dengan muka berminyak-minyak tak mandi sebab datang straight
dari ofis.
In
sya Allah ada rezeki kita jumpa lagi ye. Kita cuba bagi cukup korum next time.
0 Comments