One Day Trip To Singapore Tour Night View
Lepas breakfast dengan
jayanya kat hotel, kitaorang tunggu tour guide fetch kitaorang dalam pukul 10 am ++ ke trip satu
hari ke Singapore yang telah kitaorang booking sebelum Ramadhan lagi.
1 MPV dengan 6 orang
tourists iaitu den bertiga, sepasang suami isteri dan seorang cikgu dari Jempol.
Just nice je la.
Jem sikit di Imigresen
Singapura tapi okay je la. Yang bestnya bila naik van ni kita tak perlu nak
keluar dari kenderaan untuk berurusan di kaunter imigresen. Kalau naik bas
memang la kena turun lalu naik escalator bagai untuk sampai ke kaunter
imigresen nya.
Trip satu hari suntuk ni
memang la best cumanya disebabkan den tetiba demam awal bismillah program,
makanya terpleot juga la rasanya nak berjalan ke hulu ke hilir.
Moodnya udah ke laut sebab
tak larat, rasa macam nak tidur je tak lalu-lalu nak menguit. Udah la
tertinggal pula ubat kat hotel. Tak jumpa cari panadol di Singapura tuh.
Bertahan dengan minyak rimau je sampai melecet-lecet hidung huhuhuhuhu.
On the way balik ke hotel
dari Singapura, jam teruk sebab ada accident, rasa macam nak nangis pun ada
sebab badan dah tak lalu beno rasanya.
Den sharekan gambar
sekupang dua yang sempat diambil masa trip tuh ye.
Korang boleh contact FB Makan Angin Singapore https://www.facebook.com/makan.angin.singapore/
atau En Shafie 0127437779 untuk tanya pasal pakej yang ditawarkan k.
Tour
guide nya memang ramah tamah, rajin melayan soalan kitaorang, bagi tips kat
mana nak shopping, etc. Siap bawa kitaorang cari klinik once dah sampai JB. So
memang okay banget untuk kitaorang.
0 Comments