Hotel Liner, Taiping, Perak
Hotel ni menurut staff di situ setakat ni tak dimasukkan dalam
Agoda.
Kitaorang walk in je ke hotel ni sebab bila kepala dah weng sampai
Taiping pukul 1230 tengah malam makanya kita redah je hotel apa yang tak nampak
spooky yang kitaorang mula-mula terjumpa bila jejak ke Taiping gitu.
Alhamdulillah walaupun kitaorang
walk in je ke hotel ni, ianya merupakan hotel yang memang sangat okay dan telah
beroperasi lebih kurang 5 tahun. Walaupun persekitarannya macam ala-ala kelam
sikit (sebab kitaorang sampai pun tengah malam buta kan) tapi memang hotel ni
just nice je.
Lobinya comel je tapi lengkap
dengan sofa dan televisyen.
Hotel dilengkapi dengan lif so
sesuai untuk semua ye.
Untuk bilik katil Queen dengan
bayaran RM98, kitaorang dapat free breakfast for two.
Biliknya memang serba lengkap
untuk sebuah hotel bajet siap ada peti besi lagi.
Bilik sederhana besar, kemas dan
bersih.
Katil dengan tilam dan bantal
empuk memang mengundang untuk terlajak tidur.
Siaran televisyen ada Fox Movie
ke apa. Sure memang best nak layan sementara nak tidur.
Ada disediakan 2 botol drinking
water, cerek, etc.
Cuma tiada peti sejuk je kat
bilik ni.
Seterika dan iron board
diletakkan di ruang guna sama.
Bilik air memang okay. Pressure
air cun.
Cuma bilik air kitaorang kuncinya
rosak. Lepas den mandi dah tak boleh nak buka pintu. Jenuh la buong
mengkodek-kodek kuncinya tapi tak menjadi. Dah la sebelum mandi tuh den tengok
movie hantu kat bilik tuh. Dan yang mengerikan hantunya tuh ada dalam bilik
air. Langsung la den berdebar sementara nak tunggu maintenance guy dapat buka
kunci pintu bilik air tuh. Dalam setengah jam juga la terperangkap dalam bilik
air tuh hehehehee.
First time dalam hidup den
terkunci dalam bilik air hotel. Tercopot sebentar jantung hehehehhee.
Selain adegan terperangkap dalam
bilik air tuh, den memang rasa hotel ni sangat okay.
Breakfast memang sempoi macam kat
kedai mamak. Ada nasi lemak, 2 jenis cereals, tosei, etc. Untuk kiddos tak
dikenakan bayaran walaupun sepatutnya sorang perlu bayar RM10. Makanannya okay
je macam kat kedai mamak tuh ha cumanya café ni diuruskan oleh Indian (as owner
hotel ni adalah Indian).
So kalau tak selesa boleh
je la cari breakfast di luar ye.
4 Comments
Wahhh cantik hotel ni
ReplyDeleteSweet and simple hotelnya. Memang okay.
DeleteNot bad hotel dia. Nampak kemas dan cantik. Harga pun affordable.
ReplyDeleteAntara hotel bajet yang paling okay yang ksarie pernah menginap
Delete