Galeri Tuna, Aquarium Tunku Abdul Rahman, Batu Maung, Georgetown, Pulau Pinang
Galeri Tuna yang mula
beroperasi pada April 2018 ni terletak bersebelahan dengan Aquarium Tunku Abdul
Rahman (di dalam perkarangan yang sama).
Tiada bayaran setakat ini
dikenakan untuk melihat pameran, video, etc di dalam Galeri Tuna ini.
Memang comel je bahagian
yang menempatkan Galeri Tuna ni tapi kecil-kecil cili api gitu sebab maklumat
yang berkaitan dengan ikan tuna sangat lengkap di sini dari maklumat bergambar pelbagai
spesies ikan tuna, kaedah pembiakan ikan tuna, kaedah penangkapan ikan tuna,
produk yang dihasilkan daripada ikan tuna, etc.
Yang best nya ada tayangan
video tentang penangkapan dan industry berasaskan ikan tuna. Jangankan budak-budak,
den pun suka tengok video ni.
Ada juga replika vessel (kapal)
yang digunakan untuk menangkap ikan tuna dan model sangkar tenggelam bagi
pembiakan ikan tuna. Memang menarik untuk kiddos.
Den rasa satu kerugian
kalau melawat Aquarium Tunku Abdul Rahman tapi tak tersinggah ke Galeri Tuna ni
sebab maklumat, replika, video serta semua maklumat yang ada di sini memang
menarik.
So kalau dah memang melawat
Aquarium Tunku Abdul Rahman, den sarankan untuk singgah ke Galeri Tuna ni sebab
kedudukannya yang sepelaung sangat dari Aquarium dan maklumat di dalam ni lebih
spesifik tentang ikan tuna.
0 Comments