Awesome sebab Ogos ni Aidiladha dan Merdeka.

Harapannya Ogos ni takde la orang ke syarikat ke yang tertumpahkan minyak la, teraccident lalu terbalik masuk sungai, terbuang solvent la apa di dalam Sungai Selangor yang membekalkan 60% sumber air kepada Lembah Klang sebab nak menguruskannya memang complicated.

Ada satu KPI kat ofis yang nak kena diselesaikan by August ni. Dia punya malaih nak masuk gear 1 untuk KPI yang seekor ni memang ngeri. Anak buah dok tanya boss bila nak settle benda alah ni hehehhehehe. Anak buah pantau boss ye heehhehee. Den okay je bila anak-anak buah ingatkan den pasal kerja den yang tak tersiap lagi sebab kadang-kadang den terlupa pi buat kerja lain dulu yang tak urgent ataupun den sibuk berangan hehehehehe.

Ogos juga menyaksikan seorang officemate melapor diri bagi jawatan yang menjadi rebutan ramai. Tahniah bro. You really deserve it. Semoga dapat berusaha melaksanakan amanah yang sudah diakujanji tuh ye. Dia punya berdebar masa tunggu keputusan interview tuh memang serious yar. Walaupun den tak terlibat langsung tapi tumpang berdebar bagi pihak kawan yang interview tuh kihkihkihkih. Jangan lupa open table yar tuan engineer.

In sya Allah bulan Ogos den akan mulakan dengan menghadiri kelas baking cake hehehehehehe. Menghadiri kelas dan mula baking adalah 2 perkara berbeza ye. So jangan ditanya bila den nak mula baking kek ye heehehehe.

Semoga ada sinar di hujung terowong bagi tahap kerajinan den untuk terus memblogging ni ye. Lagi-lagi dah tukar sikit header blog supaya nampak lebih dewasa gitu. Hilang dah gambar dinosaur di situ heehehhee.

Post yang masih pending sampai den dah terlupa butir bicaranya pun banyak je. Biasa la orang tua ni buat kerja dia punya speed tuh dah kalah siput babi. Kadang-kadang dok terfikir sendiri pasai pa la dok sakan melembapnya sekarang ni, tergedik-gedik nak settlekan setiap benda.

In sya Allah end of August akan ada beach cleaning program dengan bloggers. Kerja den sekarang ni pun ada je beach cleaning program sampai tak lalu-lalu nak pergi tapi bila pergi bersihkan pantai sambil berjimbaan memang lain perasaannya hehehehehehe.

Dah lama den tinggalkan cubaan eat clean sebab terperdaya dengan nafsu makan hehehhehee. In sya Allah nak cuba semula eat clean sebab dah makin ngeri tengok angka di penimbang.

Bila nak mula berlari semula kan? Adoi la the struggle is super real.

Lets pray for the better and awesome August yar.

0 Comments