Aquarium Tunku Abdul Rahman, Batu Maung, Georgetown, Pulau Pinang
Aquarium Tunku Abdul Rahman
ni juga dikenali dengan nama Aquarium Batu Maung.
Ini merupakan kali kedua
den datang ke Aquarium Batu Maung ni. Kali pertama den berjalan-jalan kat sini
adalah pada tahun 2013, masa tuh F baru 3 tahun lebih. Akhir Februari 2019 den
kembali ke sini dengan tambahan si kontot in the tow, si A tuh ha.
Tempat-tempat macam ni
memang favourite untuk anak-anak den. Tapi tempat ni bukan sesuai untuk kanak-kanak
je, untuk ibu bapa, warga emas semuanya sesuai sebab ada banyak maklumat yang
dipaparkan kat sini yang ada yang kita tak pernah tau pun di samping seronok je
kot tengok hidupan air terutamanya ikan dok berenang-renang. Tengok hidupan air
pun boleh jadi some sort of terapi juga.
Harga tiket memang mampu
milik sangat la sebab aquarium ni pun di bawah kendalian Jabatan Perikanan pun
kan. Waktu operasi aquarium ni ikut waktu bekerja jabatan Kerajaan dengan 1 jam
waktu rehat k.
Semua hidupan yang
dipamerkan di dalam aquarium di sini didatangkan lengkap bermaklumat. Antara
kita sempat dan rajin nak baca ke tidak tuh je la. Bila dok perati semua
hidupan air kat sini memang boleh buat kita tak perasaan masa berlalu sebab
tenang je jiwa rasanya.
Yang buat jiwa kacau adalah
bila budak-budak dok kalut nak suruh kita tengok hidupan yang diaorang dok
tengok tuh. Dia punya kecoh macam kan nak mula rusuhan heehhehehehe.
Macam-macam maklumat pasal hidupan
air ada kat sini daripada senarai pelbagai spesies ikan, projek pembenihan ikan
arowana, spesies ikan hiasan popular, spesies hidupan marin yang terancam, spesies
ikan asing yang dilarang untuk diimport, etc.
Nampak tak kuda laut kat sauh tuh |
Udang lipan |
Dah namanya aquarium of
course ada ikan, udang, kura-kura, kuda laut, etc yang memang akan menarik
perhatian kiddos.
Ada dua bahagian pameran di
Aquarium Tunku Abdul Rahman ni.
Pameran yang kat luar
bangunan pun menarik juga. Kat sini ada banyak kura-kura dan ikan. Den ambil angin
kat sini sambil berehat-rehat sambil melayan budak-budak dok berlari ke hulu ke
hilir tengok hidupan air yang ada kat sini.
Tulang ikan paus yang ada
di perkarangan kawasan aquarium pun unik dan dah jadi macam port menarik untuk
bergambar.
Ada sebuah café kat sini
tapi kitaorang tak singgah minum pun sebab nak cepat balik.
Aquarium Tunku Abdul Rahman
ni bagi den sememangnya tempat yang menarik dan bermaklumat yang mampu milik
tiket masuknya oleh segenap lapisan masyarakat. Tempat riadah berilmiah yang
sesuai untuk sekeluarga. Ayat gomen habis hahahahahha.
Tempat ni boleh den
kategorikan sebagai tempat wajib lawat apabila ke Georgetown lagi-lagi kalau
kita ada anak-anak di bawah 12 tahun coz this place will definitely a heaven to
them.
Waktu Operasi: Isnin, Selasa, Khamis - Ahad (10
pagi - 5 petang)
Rabu: TUTUP
Alamat: Jalan Batu Maung,
11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang
0 Comments