Pergi Tak Kembali
Cerita tentang kehilangan orang
yang agak rapat dengan kita memang tak akan pernah menjadi sesuatu yang mudah
untuk dinukilankan.
This is one of those entry.
Cubaan mengarang pula
dibuat sambil mendengar lagu-lagu yang memang den tau Allahyarham suka. Memang
menambah kesukaran untuk mencoretkan rasa dan kenangan.
Hari ini merupakan hari kelima
kawan sepejabat den kembali ke rahmatullah.
Hampir lima hari ni juga
kepala den agak weng sebab masih macam tak percaya Allahyarham dah takde, dok
terkenang-kenang kat Allahyarham because he was our family who isn’t blood.
Beberapa kali bila terjaga dari tidur terus teringat kat Allahyarham. Ayaq mata
toksah cerita.
Sebenarnya tak tau nak
tulis apa sebab ada banyak sangat cerita, kenangan, etc.
This will be a very long
entry.
Tak ramai orang ada rezeki
jumpa sahabat di pejabat. Lagi extra sahabat yang dijumpai turut menjadi
sahabat buong. He was a family friend to us gitu.
Beza umur kitaorang dengan Allahyarham
adalah 16 tahun. So Allahyarham memang macam the cool uncle or the big bro that
we never had before.
Persahabatan yang hampir 16
tahun sepanjang den dan Allahyarham bekerja di pejabat ni memang antara
persahabatan yang den sangat hargai.
Allahyarham kat ofis memang
legend, otai yang expert sangat pasal hal-hal kat site. Rajin naw menolong dan
menjebakkan diri di dalam program dan aktiviti pejabat walaupun masa Allahyarham
dah mula kurang sihat. Den memang selalu bising-bising kat Allahyarham sebab dok
kerja bersungguh-sungguh walaupun dah mula sakit.
He was an outdoor and
adventure person. Memang kerja-kerja site, randuk sungai, program cari invertebrate
dalam sungai, siasatan pencemaran, etc tuh mainan Allahyarham. He was so
talented and knowledgeable.
Allahyarham was a person
who always spread hope, love, happiness and kindness.
Seorang yang sangat
bermurah hati. Rasanya sepanjang bersahabat ni, tak pernah langsung den bayar
kalau kitaorang keluar makan sama-sama. Memang Allahyarham yang akan bayar.
Masa den dan buong pindah
rumah, Allahyarham tolong kemas dan angkat barang.
Masa den dan buong buat
kenduri masuk rumah, Allahyarham yang sibuk bagaikan bapa pengantin make sure
semua food cukup, etc.
Buong teringat pernah mandi
manda dekat Sungai Gombak dengan Allahyarham.
He was a foodie. Suka
sangat bawa den, buong, kawan-kawan sepejabat makan kat tempat yang
kadang-kadang memang kitaorang tak tau kewujudannya. Kedai ikan cencaru kat
Petaling Jaya tuh will always reminded me of him.
He was one of my travel buddies.
We and a few other friends went to Bukit Tinggi (2009), Bandung (2012) and
Jogjakarta (2017).
Allahyarham layan je den
dan konco-konco yang dok merancang nak ikut ke Jepun sebab anak Allahyarham ada
belajar kat sana.
Allahyarham mempunyai
tulisan yang paling cantik yang den pernah jumpa di dalam hidup den. Den tak
pernah terfikir nak minta Allahyarham tulis kata-kata hikmah, pesanan, pantun
or at least lirik lagu untuk den sepanjang kitaorang berkawan tuh. Sekarang ni,
tiada satu pun tulisan Allahyarham den dapat simpan buat kenangan.
Bila Allahyarham meninggal
dan ofis minta gambar-gambar arwah untuk buat tribute, den baru tersedar kali
terakhir den bergambar dengan arwah adalah pada 1 Mei 2017 semasa trip ke
Jogjakarta. That was 2 years ago.
Tak pernah terdetik pun kat
hati den nak bergambar dengan Allahyarham walaupun ada je Allahyarham datang
melepak kat bilik den untuk sesi gossipan, kitaorang keluar makan sama-sama,
etc.
Tak tau kenapa dalam banyak-banyak gambar kitaorang, den paling suka gambar ni. Di Bukit Tinggi, 2009. 10 tahun lepas. |
Banyak sangat benda yang
tak sempat nak dibuat kalau dihitung-hitung.
Dah la den ni memang old
school at heart. Hampir semua lagu yang Allahyarham suka den suka sebab
lagu-lagu dulu banyak yang best-best kot. There will definitely be time when I listen
to the songs, den akan terpleot.
Banyak lagi cerita dan
kenangan but I have to stop here. I am heartbroken.
I really thought we have
more time.
He was diagnosed with
cancer on 7th May 2019. A few days before his 57th
birthday.
Masa Allahyarham sakit, den
sempat ziarah Allahyarham beberapa kali but I didn’t really sit down and have
heart to heart talk with him.
I never got the chance to
say thank you for all the friendship, guidance, love, memories, etc.
I never got the chance to
say I am sorry for all my wrongdoings to him.
I never got the chance to
say goodbye.
But I guess there will
never be the right time to say goodbye.
To my dear forever and
special friend, Zolhezam bin Mohammed Yusoff, may Allah granted you the highest
jannah.
You will forever and always
be in my doa, in sya Allah.
2 Comments
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (ʾinnā lillahi waʾinnā ʾilayhi rājiʿūna).
ReplyDelete“We surely belong to Allah and to Him we shall return”
My most heartfelt condolences. Remembering his wonderful and gentle soul will forever remain in your hearts. May he rest in peace! A good heart has stopped beating, a good soul ascended to heaven.
Aminnnnn. Thank you Abam Kie atas doanya.
Delete