Jom Makan di Food Station Milik PU Riz
Pendakwah bebas yang juga
pelakon, PU Riz Ismail kini bangkit dengan semangat baru.
PU Riz, 24 tahun, yang mula
dikenali menerusi program realiti, Pencetus Ummah (PU) musim keempat ini mengorak
langkah menceburi alam perniagaan. Hakikatnya juga Riz atau nama sebenarnya
Muhammad Haris Mohd. Ismail meneruskan legasi bapanya yang lebih dahulu
menceburi dunia perniagaan.
Semasa sesi santai bersama rakan
media dan blogger di restoran miliknya, Food Station, PU Riz melahirkan rasa
syukur kerana berjaya merealisasikan hasratnya untuk memiliki sebuah restoran
yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman dengan harga yang mampu
milik.
Food Station yang beroperasi di
Jalan Tun Sambanthan, KL (berhadapan dengan NU Sentral dan sebelah Zara Hotel) sudah
sudah beroperasi sejak lapan bulan lalu.
View Food Station dari jejantas di NU Sentral |
“Bapa menjadi mentor saya dalam
apa yang dilakukan termasuk selok belok dunia perniagaan. Saya percaya dalam
hidup ini, kita perlu lakukan sesuatu yang dapat memberi jaminan masa depan.
Ada juga pendapatan tetap saya setiap bulan.
“Dunia seni masih saya cintai dan
berjalan macam biasa. Cuma saya melihat prospek perniagaan makanan ini
khususnya boleh dikembangkan dengan baik. Kalau sebut fasal makan ini semua
orang perlukan makanan. Pilihan makanan di luar sana memang macam-macam.
“Saya rasa sudah tiba masanya
untuk restoran ini dipromosikan dengan lebih meluas,” ujar beliau.
Bercerita lanjut mengenai
restoran miliknya, premis makanan itu menyediakan lebih 500 lauk pauk Melayu,
Thailand, India dan Barat.
“Sejak dari awal lagi, saya
memang tak lepas tangan menguruskannya. Sibuk mana pun, saya akan cuba bahagi
masa untuk restoran ini. Dari awal mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia
hinggalah beroperasi sampai sekarang, saya akan ambil bahagian.
“Saya turut berusaha mencari
tukang masak terbaik sampai pergi ke Kelantan. Banyak juga kos yang dilaburkan
termasuk mengubah suai semula restoran ini kerana ia diambil dari sebuah kedai
lama yang diuruskan pihak lain,” katanya.
Malah Riz turut menganjurkan
ceramah agama di premis berkenaan dalam menyuntik elemen kerohanian sambil
menjamu selera pada slot masa dan tarikh
tertentu.
Kepelbagaian makanan dan
minuman yang memang banyak (500 jenis) pada harga yang mampu milik, restoran
yang bersih dan kemas dengan simple decoration serta lokasi restoran yang strategik
(sepelaung je dari Stesen KL Sentral) sememangnya adalah winning points untuk
Food Station ni.
So korang jangan lupa
datang menjamu selera kat Food Station milik PU Riz nih ye.
Untung-untung masa korang
datang menjamu selera kat sini PU Riz yang ambil order dan hantarkan makanan korang
ye.
Korang
boleh follow IG Food Station oleh PU Riz kat sini ye https://www.instagram.com/fooodstation/
4 Comments
wah macam menarik...:D
ReplyDeleteMemang menarik. Banyak pilihan makanan. Harga pun okay
Deletewah! sedap belako tu makanan yg dijual di sana.
ReplyDeleteBanyak pilihan Abam Kie. Teppanyaki pun ado
Delete