Bangunan hotel ni nampak macam dah lama kat luarnya. Risau juga mula-mula kalau biliknya terpleot atau paling ngeri kalau ada aktiviti paranormal plak kan.
Tapi Alhamdulillah bilik, semua kemudahan dan breakfast memang okay sangat di hotel ni. So untuk hotel ni, bertepatan la pepatah don’t judge a book by its cover gitu ye.
Bilik hotel sederhana besar, sesuai sangat untuk kitaorang empat beranak.

Bilik yang kemas, bersih dan selesa.

Semua kemudahanan ada. Fridge, kettle, complimentary water bottle, hair dryer, etc.
Budak-budak paling suka dekat bilik airnya sebab ada bath tub. Memang sakan depa berendam sampai kena hambat keluar.
Buffet spread walaupun sederhana tapi sedap dan kita boleh menikmati breakfast with the view gitu.
Dengan harga yang mampu milik serta semua kemudahan yang sangat okay, hotel ini boleh dipertimbangkan kepada sesiapa yang nak berjalan-jalan di kawasan Georgetown k.

Lokasi hotel yang strategic kepada sesiapa yang malas nak menggerakkan kenderaan dari tempat letak kereta berpalang yang disediakan. Seberang jalan dari hotel ada restoran nasi kandaq, ada beberapa kedai serbaneka, etc. Hotel ni juga berdekatan dengan Hotel Cititel.
Setiap malam ada 2,3 beca yang akan berada di hadapan hotel. So kalau nak menikmati angin malam dan pergi makan pasemboq naik beca pun senang je di hotel nih k.

0 Comments