5 Langkah Mudah Untuk Membersihkan Penghawa Dingin Dan Secara Tidak Langsung Dapat Menjimatkan Bil Elektrik Anda
Untuk
memiliki sebuah sistem penghawa dingin bukanlah sesuatu yang murah. Harganya
boleh mencecah lebih tinggi daripada sebiji telefon bimbit malah mungkin lebih
mahal jika dibandingkan dengan barang keperluan atau kelengkapan penting lain
dalam rumah kediaman.
Seperti
kebanyakan peralatan atau mesin, untuk memastikan penghawa dingin anda
berfungsi dengan baik dan cekap dalam tempoh yang lama buat seisi keluarga,
sudah pasti tugas-tugas penyelengggaran terutamanya pencucian perlu dilakukan.
Tugas penyelenggaraan tersebut tidaklah rumit, ianya boleh dilakukan dengan
mudah secara D.I.Y
Ini
bermakna anda tidak perlu melantik mana-mana kontraktor untuk melakukan
tugas-tugas mencuci penghawa dingin yang boleh melibatkan kos perbelanjaan lebih
RM 100 untuk satu unit. Ini juga bermakna, anda tidak perlu berhadapan dengan
kerumitan untuk menjadualkan masa untuk kontraktor datang dan menunggu mereka
melakukan kerja pencucian.
Pastikan
penghawa dingin anda sentiasa dalam keaadan bersih dan diselenggara secara
rutin bagi mengatasi masalah kerosakan kronik yang memerlukan kos perbelanjaan
lebih tinggi apabila rosak. Tidak tahu bagaimana mencuci penghawa dingin anda
sendiri?
Inilah
5 langkah mudah yang perlu dilakukan:
1.
Pastikan sambungan kuasa telah diputuskan sepenuhnya.
2.
Keluarkan penapis unit penghawa dingin dan cuci habuk yang melekat pada penapis.
3.
Sembur 3-IN-ONE®PROFESSIONAL
AIR CONDITIONER CLEANER pada sirip penyejuk secara menegak dari arah kiri
ke kanan. Pastikan semburan menutupi keseluruhan permukaan sirip.
4.
Biarkan agen pembersih menembusi sirip. Tunggu selama 10 minit kemudian pasang
semula penapis unit.
5.
Hidupkan penyaman udara selama sekurang-kurangnya 15 minit untuk memastikan
mana-mana kotoran yang melekat keluar melalui hos saliran.
ITU
SAHAJA! Kaedah cuci yang tidak memerlukan anda melakukan bilasan. Ini
disebabkan oleh 3-IN-ONE®PROFESSIONAL
AIR CONDITIONER CLEANER merupakan agen mencuci berasaskan air yang boleh
menguraikan gris, kotoran, kulat, dan lain-lain dari gegelung penyejuk penghawa
dingin anda.
Penghawa
dingin andaakan menjadi lebih cepat sejuk dan secara tidak langsung ia dapat
menjimatkan kos penggunaan tenaga elektrik setelah pencucian dilakukan. Ini
juga bermakna penghawa dingin anda dapat mengurangkan penggunaan tenaga
elektrik dan hasilnya ia membantu mengurangkan impak terhadap persekitaran.
Apa
yang lebih menarik dan terbaik? Anda dapat menikmati udara yang lebih segar dan
bersih dari penghawa dingin.
Hanya
20 minit sahaja perlu diperuntukkan bagi setiap tiga ke sembilan bulan untuk
melakukan pencucian. Segalanya bergantung kepada kekerapan dan cara penggunaan
yang dicadangkan oleh pembekal penghawa dingin. Selain itu, ia juga mengambil
kira factor kebersihan dan kualiti persekitaran.
Jangan
tunggu sampai penghawa dingin anda mula menyemburkan udara panas dan tidak
berfungsi secara cekap baru anda ingin memulakan langkah D.I.Y yang mudah ini.
Untuk lebih banyak idea dan
tip bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti penyelenggaraan di kediaman anda
dengan produk yang tepat, jangan lupa layari http://wd40.asia. Di samping itu
juga, WD-40® turut
membariskan produk 3-IN-ONE®
untuk tugas-tugas penyelengaraan lebih berat yang juga sentiasa menjadi pilihan
penggiat industri profesional. (Syarikat WD-40 memulakan perniagaan 3-IN-ONE®Oil
pada tahun 1995).
2 Comments
bil api tinggi tiap2 bln gara2 memakai dua biji aircond. huhuhuhu
ReplyDeletetapi aircond sekarang dah jadi keperluan sebab cuaca sekarang panas sangat kan
Delete