Nih cerita Februari lepas tapi den nak abadikan juga la di blog ni sebab tempat ni memang best.

Masa ada urusan wajib di Penang tuh, den squeeze kan jadual untuk bawa kiddos berjimba sebab camtuh la selalu life family kecil kitaorang. Kalau ada urusan yang nak tak nak kena buat, kitaorang cuba curi masa untuk bagi kiddos berjimbaan.

Tree Top Walk Sungai Sedim ni terletak di dalam Taman Rekreasi Sungai Sedim, Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim, Kedah.
Tree Top Walk Sungai Sedim dikatakan sebagai world's longest rainforest canopy walk sepanjang 925 meter dengan ketinggian puncak pada 36 meter.
Untuk den yang gayat ni memang jenuh la nak menghabiskan perjalanan di canopy walk ni. Memandangkan jaring-jaring besi di laluan ni agak besar yang kalau terlepas handphone memang selamat jalan romeo makanya memang la den tak bergambar sangat di sini.
Kalau handphone ke purse ke terjatuh di sini, sila ucapkan selamat tinggal ye. Dah laluannya camni sila la pakai sandal atau kasut yang molek, dilupakan la high heels tuh ye

Canopy walk ni memang panjang ye. Memang confirm berpeluh ketiak.

Di pertengahan canopy walk ni kita boleh nampak aliran Sungai Sedim. Memang cantik view kat sini. Serious cantik tapi disebabkan den tak berani sangat nak bergambar, makanya sekeping gambar je la yang sempat den rakam di sini hehehhehe.
Laluannya memang stabil cuma den rasa seriau bila pandang ke bawah. Masalah orang gayat dan tak adventure cenggini la. Kiddos elok je berjalan-jalan ke hulu ke hilir di canopy walk ni.

Kitaorang ambil masa almost 45 minit juganya untuk menghabiskan perjalanan 1 round di canopy walk ni. Korang boleh je ulang berapa kali pun nak berjalan kat sini tapi untuk den yang jantungnya almost tercopot tuh, satu round pun dah memadai hehehehehehe.

Kalau nak diikutkan korang boleh bird watching atau tengok pelbagai spesies pokok dari Tree Top Walk Sungai Sedim ni ha tapi disebabkan nak berjalan pun den dah kecut perut, memang tak sempat la nak belajar mengenali spesies flora dan fauna yang ada kat kawasan ni.
Setiap point ketinggian akan dipaparkan di papan tanda
Den cadangkan datang pagi-pagi masa Sungai Sedim ni dibuka untuk lawatan supaya korang dapat allocate masa yang secukupnya untuk berjalan di Tree Top Walk Sungai Sedim dan boleh pusing beberapa kali sampai rasa tak lalu dah nak berjalan sebab bukan selalu ke sini pun kan.

Den rasa Tree Top Walk Sungai Sedim dah macam ala-ala Valley of The Giants Tree Top Walk yang terletak dalam kawasan Walpole-Nornalup National Park berdasarkan pembacaan den di blog sitiyangmenaip

Waktu operasi Tree Top Walk Sungai Sedim ni setiap hari dari 9.00 am sampai 5.30 pm. Waktu operasi juga bergantung kepada keadaan cuaca, kalau hujan atau angin kuat, memang la kita tak akan diizinkan untuk berjalan di canopy walk tuh.

Harga tiket in sya Allah memang mampu milik, dewasa RM10 dan kanak-kanak 7-12 tahun RM6
The dos and donts
Den sarankan kepada sesiapa yang berjalan ke Kulim, Kedah untuk singgah ke Tree Top Walk Sungai Sedim untuk merasai pengalaman berjalan di canopy walk ni. Sekali seumur hidup pun jadi la.
Dah lama rupanya kewujudan canopy walk ni, den je baru tau huhuhuhu
Maklumat yang ada di Tree Top Walk Sungai Sedim Information Center
Untuk maklumat lanjut tentang Tree Top Walk Sungai Sedim termasuklah aktivit yang ditawarkan, pakej yang disediakan, penginapan, harga tiket terkini, etc, korang boleh layari:


Telefon: 04 - 4901588


SMS/Whatsapp: 019 - 4501588 

2 Comments

  1. Wah wah.... menarik sangat nih! Boleh la usyar2 kat sini nanti..

    ReplyDelete
  2. Memang best ezzan. Kalau ke sini better bermalam supaya boleh mandi sungai sekali heheheehhe

    ReplyDelete