Lemang Toki Bentong
Balik je dari kursus di
Genting Highland tuh, den melayankan 2 orang abam sado tuh nak lunch ikan patin
dan tapau lemang di Bentong. Depa cakap Lemang Toki Bentong ni memang famous
sangat. Kalau weekend atau cuti umum memang beratur orang nak makan dan tapau
lemang kat sini.
Alhamdulillah masa
kitaorang sampai ke sini, tak ramai orang sangat so takde la kitaorang kena
beratur panjang.
Di samping terkenal dengan
lemangnya, ayam bakar kat sini pun khabarnya famous juga.
Teruja den tengok deretan ayam
dan lemang tersusun cantik dibakar menggunakan arang. Orang tua camnih la.
Tengok lemang dan ayam dibakar pun hati gembira hehehehehhe.
Ada dua kaunter disediakan
kat sini iaitu kaunter untuk dine in dan kaunter untuk tapau. Sistematik dan
memudahkan orang ramai.
Selain lemang, rendang
daging, rendang ayam dan ayam bakar, ada juga jualan kambing golek dan lauk
pauk untuk lunch. Makanan lain pun ada macam aiskrim, popcorns, sambal hitam,
etc.
Disebabkan den dah lunch
kat hotel sebelum datang ke sini, den rasa lemang dan rendang daging je kat
sini sementara abam-abam sado tuh lunch ikan patin.
Markah penuh untuk lemang
tuh sebab tak berkerak langsung dan lembut je ala-ala melt in mouth gitu. Rendang
pun kena sangat dengan tekak den.
Abam-abam sado makan ikan
patin sampai licin tinggal tulang. Sedap sungguh la tuh.
Sodap juga ni |
Den tapau bawa balik
lemang, rendang daging, rendang ayam dan ayam bakar. Ayam bakar tuh cicah
dengan air asamnya tuh memang matching partner sungguh. Memang licin habis
buong dan kiddos makan. Memang sodap la tuh maknanya.
Kalau makan kat sini, boleh
menjamu selera sambil mendengar lagu yang didendangkan oleh sekumpulan jejaka.
Boleh tahan juga suara depa.
Hiasan sebuah helicopter kat
sini menyebabkan ianya menjadi tumpuan untuk orang bergambar.
Disebabkan lokasi Lemang
Toki betul-betul tepi jalan, makanya kalau masa orang ramai tuh bukan setakat
jenuh nak cari tempat duduk tapi nak parking pun jenuh juga.
2 Comments
pernah datang sekali tapi dah habis. sedih. bila nak merasa lemak toki. terkenal betul
ReplyDeleteKena cuba lagi tuh sebab at least mesti makan lemang ni sekali dalam hidup hehehehehhe
Delete