Fantasi Jadi Realiti Dengan UNICOOL Oleh COOLBLOG
Coolblog Malaysia telah melancarkan Minuman Coolblog terbaru
iaitu Unicool yang didatangkan dalam 3 perisa berbeza iaitu Unicool
Magical, Unicool Dazzle dan Unicool Twinkle yang diinspirasikan
daripada ceria warna pelangi, kisah dongeng, alam magis dan trend terkini
fantasi Unicorn di mana setiap satunya dijual dengan harga RM7.50 bagi saiz
700ml.
Pengurus Pemasaran dan
Pembangunan Perniagaan Coolblog, Cik Win Zakaria secara rasmi memperkenalkan Unicool
bertempat di MM Cineplex, Mutiara Damansara.
Majlis perasmian diadakan
serentak dengan program amal menyantuni dan meraikan anak-anak dari Rumah
Perlindungan PERNIM. Perasmian turut dihadiri oleh wakil Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Malaysia Franchise
Association, Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) dan pihak pengurusan franchais
Coolblog.
Mesej utama kempen Unicool
adalah untuk menyajikan kepada pelanggan satu siri minuma perisa baru yang
menepati citarasa terkini seiring dengan trend minuman di pasaran. Cetusan dari gabungan rasa keladi,
strawberi dan manisan coral biru telah mula berada di pasaran seawal bulan Jun.
Promosi Unicool
secara rasminya menawarkan pembelian
minuman Coolblog berjumlah RM8 ke atas di cawangan Coolblog terpilih melayakkan
pelanggan mendapat baucer tunai Unicool bernilai RM2 untuk pembelian seterusnya.
Booth semasa pelancaran semalam |
Eh baju den ala-ala tersama tema dengan warna Unicool hehehehe |
Kiddos dengan Unicorn |
Coolblog juga menganjurkan
cabaran #UnicoolUnicornMakeUp dari 1 Julai - 31 Ogos 2019 yang dinamakan #UnicornMakeUp di media sosial. Untuk
mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli mana-mana perisa minuman Unicool
Coolblog. Seterusnya log masuk ke akaun rasmi Facebook atau Instagram Coolblog. Tonton video tutorial solekan
yang disediakan dan dengan mengambil inspirasi gaya solekan tersebut, pelanggan
harus mencipta solekan tersendiri.
Pelanggan perlu upload
selfie (swafoto) yang siap disolek dan ditatarias di akaun media sosial mereka
dan tag @coolblogmalaysia beserta
hastag #UnicoolUnicornMakeUp dan #coolblogmalaysia di dalam kapsyen
mereka.
Tiga orang pemenang bertuah akan berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM500.00 setiap seorang.
Coolblog juga bekerjasama
dengan Suria FM untuk kempen Unicool dengan menganjurkan acara Suria X Coolblog
Jam 2019 di dua lokasi di Lembah Klang dan satu lokasi di luar Kuala Lumpur.
Orang ramai akan berpeluang berhibur bersama Coolblog, Suria FM dan artis
jemputan sepanjang bulan Jun sehingga Julai.
Semasa perasmian, Coolblog melalui
Corporate Sosial Responsibilty syarikat, meraikan anak-anak dari Rumah
Perlindungan PERNIM dengan tayangan wayang Toy Story 4. Coolblog sentiasa
mencari peluang dan berkongsi hasil kejayaan bersama mereka yang memerlukan
baik dalam bentuk kewangan atau kerja amal yang lain.
VVIP daripada Rumah Perlindungan PERNIM yang diraikan dan disantuni. Kitaorang menumpang rezeki diaorang tengok movie Toy Story 4 |
Minuman terbaru Coolblog Unicool kini berada di cawangan Coolblog di seluruh
Negara.
Untuk sebarang maklumat
lanjut mengenai produk terbaru Coolblog ini, boleh layari:
Website: https://www.coolblog.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/coolblog.my/
Email: info@coolblog.com.my
0 Comments