Awana Genting Resort
Hujung Februari 2019 lepas, pejabat den buat
bengkel di Awana Resort Genting Highland. Cerita dah almost 3 bulan berlalu
baru la den nak tergedik-gedik cerita sekarang. Takpe la ye. Yang penting ada
disimpan untuk kenangan gitu.
Awana Genting Resort ni antara hotel yang
paling awal dibina di kawasan Genting ni tapi hotelnya masih menarik dan
awesome.
Hiasan di lobi, etc masih ada tanglung, bagai
sebab masih dalam mood Gong Xi Fa Chai.
Disebabkan datang berkursus kan makanya takde
la beriya-iya nak mengambil gambar. Sekupang dua je la gambar yang den ambil
sepanjang 3 hari 2 malam kat sini sebab kemalasan huhuhuhuhu.
Hotel ni besar gila k. Bilik penginapan kat
Tower A dan B. Banyak spot yang menarik untuk OOTD kat sini dengan pelbagai
hiasan, siap ada taman mini dengan kolam, etc. Cuma kita larat ke idok je la
nak bergambar.
Sebenarnya setiap bilik duduk dua orang tapi
roommate den dah pergi setinggan dekat bilik konco-konconya makanya tinggal la
den seorang diri di dalam bilik yang besar dengan dua katil Queen tuh.
Mujur la sebelum datang ke sini den takde
baca cerita pasal momok ke apa, so debaran untuk tidur seorang di bilik yang
besar tuh macam kurang sikit la. Best juga oooo terdapat bilik sorang-sorang
sebab dah tua-tua ni memang suka menyendiri tengok movie, etc. Ala-ala me time gitu.
Dah la katil dan bantal sangat empuk. Mujur
tak terbabas tidur heheheehhe.
Hotel berbintang-bintang camni semua lengkap la daripada mini
fridge, peti besi, iron, air minuman, cerek, etc.
Bilik air pun best ada bath tub. Cumanya den
tak sempat nak berendam bagai sebab kena ikut jadual kursus yang padat tuh ha.
Dari bilik den ni boleh nampak Genting
Premium Outlet (GPO).
Boleh juga nampak kolam renang yang ada slide
tuh. Budak-budak sure bergelinjangan sakan kalau diaorang mandi kat situ.
Pagi-pagi lepas Subuh tuh memang boleh nampak
kabus dari bilik den ni. Memang tak nampak pemandangan lain sebab kabus
menyelubungi kawasan ni. Kalau shooting cerita hantu atau thriller memang
sesuai suasana camni.
Makanan baik breakfast, lunch dan dinner
memang sedap kat sini. Den sakan pulun makan kat sini sampai tak sempat nak
ambil gambar sekupang dua pun kat kafe tuh hheehehhehe.
Satu-satunya gambar food yang den sempat ambil masa lunch |
Den tak sangka penginapan di Awana Genting
Resort ni menyebabkan den bertemu dengan perkara yang selama ini den dah lama
tinggalkan. Serious tak sangka. Alhamdulillah.
0 Comments