Aidilfitri 2019 Part 3 (Pulau Pinang)
Beraya kat rumah abah.
Makan apom yang abah tapaukan sambil sembang sekupang dua.
Den kalau mai Penang tak
lengkap kalau tak makan food favourite den tuh, apom aka apam lenggang.
Apom biasa je pun. Apom
bodo. Takde la fancy bubuh nutella, cheese bagai tapi memang sedap habis lagu
10 biji den boleh sekali hadap.
Den memang tak kisah sangat
pasal nasi kandaq kalau ke Penang sebab ada banyak je nasi kandaq yang okay kat
tekak den di Lembah Klang.
Tapi setakat 23 tahun den
kat Lembah Klang, den tak jumpa apom sesedap yang kat Penang ni. Dah cuba yang
kat Bangsar bagai tapi tetap rasanya tak sama.
Ke apom Penang ni sedap
sungguh sebab abah yang belikan untuk den kan?
My superheroes with their Tokwan |
Lepas beraya dengan abah, kitaorang
gerak ke kubur arwah mak tapi tuh la disebabkan
banjir yang pernah melanda kawasan tanah perkuburan tuh, so banyak batu nisan
yang dah hilang. Memang tak jumpa dah batu nisan arwah mak dan arwah nenek
(emak arwah mak) walaupun den still ingat patutnya kedudukan kubur tuh kat
mana.
Kitaorang beraya ke rumah
Mak Ngah (kakak arwah mak). Bercerita panjang pasal life. Masa den nak balik
tuh, Mak Ngah peluk den sebak-sebak. Mak Ngah ni member kamcing arwah mak. Masa
den kecil-kecil, setiap kali cuti sekolah memang arwah mak akan hantar den
duduk rumah Mak Ngah di Taiping. Best sebab dapat main dengan cousins den
seramai 6 orang yang semuanya girls.
In sya Allah ada rezeki den
balik Penang, kita ziarah lagi semua orang.
PS: Best gila k bila gerak
dari Shah Alam dalam pukul 2.30 pm dan kitaorang ambil masa dalam 4 jam je
untuk sampai ke Kepala Batas. By 6.30 pm dah sampai Kepala Batas. Memang best
kan balik beraya bila orang lain dah habis beraya hehehehehehe.
0 Comments