Aidilfitri 2019 Part 1
Selamat
Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Walaupun
Aidilfitri kitaorang sekeluarga sempoi yang amat setiap tahun pun tapi tahun
2019 ni ada 2 bahagian cerita sebab kitaorang masih belum beraya di Port
Dickson dan Penang lagi setakat entry ni ditulis. Lagi pun raya kan sebulan
hehehhehehehe.
As
usual raya pertama adalah di rumah sendiri.
Den layan takbir raya dekat
internet sambil panaskan semua lauk + rebus nasi himpit guna periuk noxxa yang
masih berada dalam kotak + potong kek untuk makan pagi raya.
Nasi impit segera tuh je yang den rebus. Makanan lain semua tempah kat jiran tetangga dan sahabat handai yang memang dah diketahui foodnya sedap |
Layan takbir raya lagi-lagi
oleh Arwah Ustaz Asri Rabbani memang feel sampai habis la barang-barang dalam
peti ais den kemas.
Sempat juga settlekan
packing rendang, nasi himpit, kuah kacang, kuih raya, etc untuk dibawa balik
untuk mak ayah mertua kat kampung esok.
Lipat sebakul baju sambil
tengok televisyen sambil sakit telinga tengok dan dengar anak-anak muda sekarang
menyanyikan lagu raya. Korang dah kenapa nyanyi lagu raya versi Black Sabbath.
Raya kedua baru la
kitaorang semua pakai baju raya dan beraya di Kuala Selangor. Tahun ni semua
ada baju baru + tiada drama sampin macam tahun lepas heehhehehehehe. Dah pakai
baju raya baru la perasan warnanya sama macam langsir rumah hehhehehehe.
Gambar raya terbaik den dan kiddos. Tak pernahnya gambar semenggah dengan depa ni. |
Budak banyak cerita nih iyo-iyo an minta ampun |
Abang confuse baju mama cantik sebab selama ni mama macam belacan. Dia cakap baju mama macam pwincess la hahahahaha. Nih dia duk betulkan baju pwincess mama |
Takde ambil gambar raya apa
pun sebab emak mertua dah terlantar sakit. Ayah mertua pun dah tak larat sebab
menguruskan ibu mertua. Raya pun macam tak raya camtuh la.
Setiap tahun pun memang
takde gambar raya keluarga.
Beraya rumah mak long, mak
andak dan mak uda.
Layan kiddos main bunga api
for the first time in their life. First time in their 9 year and 5 year' life
kiddos main bunga api.
Mama ngeri nak bagi kiddos
main bunga api selama ni sebab 35 tahun dulu mama cedera agak teruk terkena
bunga api masa sakan dok main dengan cousins. Sampai sekarang parut-parut kesan
terbakar akibat bunga api jelas kelihatan.
Sorry la ye kiddos mama ter
over protective bab bunga api ni.
Tuh je la pun aktiviti raya
kitaorang pada tahun ni.
In
sya Allah hujung minggu ni nak balik beraya di Port Dickson dan Butterworth
plak.
0 Comments