Resepi Biskut Florentine @ Crunch Caramel Almond Cookies Terpaling Sempoi, Nipis, Comel dan Tak Melekat Menggunakan Paper Cup dan Plastic Cup Versi 2019
Tajuk kalau tak dramatik dan
panjang berjela memang tak sah kan heheheheehe.
Den dah pernah share resepi
Biskut Florentine pada tahun 2018 di SINI yang merupakan post yang paling
tertinggi dilihat di blog den.
Disebabkan sehingga hari ini
den masih terima pelbagai soalan tentang resepi den tuh, den sharekan lagi
sekali resepi tuh dengan maklumat tambahan dan penjelasan yang den harapkan
terperinci untuk menjawab kepada beberapa soalan pada post tahun 2018 tuh.
Bahan-bahan A (Bahan Asas)
500 g tepung Florentine (1 pack yang memang dah
tersedia dijual di kedai)
250 g kepingan badam (almond flake)
250 g kuaci
250 g biji labu
Almond flake, kuaci dan biji
labu memang dah siap packing berat macam ni di kedai bakeri.
Nih je bahan basic dia k.
Lagi satu bahan basic adalah
bijan hitam. Nih kalau korang bubuh jangan banyak sangat. Dalam 50 gram
udah la. Den memang tak letak bijan hitam sebab macam malas plak rasanya
heheheheehe.
Kalau korang dah ada basic
nih dah memang boleh buat dah biskut Florentine ni k.
Kalau ikut resepi pada
bungkusan tepung tuh, katanya nisbah adunan adalah 500 gram tepung : 1000
gram kekacang tapi den rasa bahan nih atas kita la. Kalau kita nak kacang
banyak, bubuh aje la sebeban. Kalau tak nak kacang banyak, bubuh je la sikit je
camtuh je la. Tapi yang paling okay bersederhana aje la ye.
Bahan-bahan B
1. Paper cup
muffin/cupcake kertas. Nih saiz sederhana.Den beli di Bake With Yen
50 pieces RM 2.70. Den beli di Whisk 50 pieces RM 3.70.
Macam-macam corak ada sebab paper cup nih ada yang tahun lepas punya heheheheheh |
2. Plastic cupcake cup.
Nih saiz kecil. Den beli di Whisk 100 pieces RM 9.90.
Ada je yang saiz sederhana besar sama macam cup kertas tuh tapi tergedik plak pergi ambil saiz plastic cup yang paling comel |
Den beli dua spesies acuan
yang berbeza sebab nak tengok beza mana yang lebih senang nak ketuk keluar
biskutnya nanti.
3. Loyang atau bekas buat
doh pizza yang berlubang-lubang tuh. Mana-mana pun boleh asal muat dalam
oven kita k.
Cara Memasak
1. Hancurkan dulu walnut,
gajus, almond whole, pecan etc spesies kekacang yang korang beli
dalam bentuk gedabak kalau ada supaya kekacang tambahan ni mesra nak dibakar
bersama dengan bahan lain k.
2. Gaul semua kekacang +
kuaci + biji labu (den panggil campuran di dalam ayat seterusnya ye)
supaya serasi bersama di atas loyang atau bekas untuk buat doh pizza yang
berlubang-lubang tuh.
Nih sedang elok untuk 1 bungkus tepung k |
Nih untuk 1.5 atau 2 bungkus tepung |
3. Bakar semua campuran
ni pada suhu 160C selama 5 minit. Jangan terlebih bakar nanti campuran ni
terlalu garing dah pahit plak nanti. Asal terasa semua campuran ni dah panas je
dah okay dah tuh sebab nak pastikan dia bergaul sebati dengan tepung je nanti.
4. Keluar je campuran tuh
dari oven, terus je gaul campuran tuh masa depa masih panas dengan
tepung Florentine sehingga sebati. Tak perlu letak air ye.
Dinosaur whisperer nih la den punya penolong buat biskut Florentine ni |
5. Susun cupcake kertas/cupcake
plastik di atas loyang atau bekas untuk buat doh pizza yang
berlubang-lubang tuh. Macam tahun lepas juga, takde ruang dalam lubang loyang
kita letak atas loyang je pun okay aje.
Cup kertas saiz sederhana |
Cup plastik saiz kecil |
6. Masukkan satu sudu
kecil penuh adunan dalam acuan cup kertas saiz sederhana dan
ratakan atau
masukkan ¾ sudu kecil adunan dalam acuan cup plastic
saiz kecil dan ratakan.
Jangan menimbun sangat kalau
nak biskut Florentine yang nipis.
Cup kertas saiz sederhana |
Plastic cup saiz kecil |
7. Bakar adunan dalam
oven pada suhu 160C selama 10 - 15 minit bagi adunan dalam acuan
cup kertas saiz sederhana atau
bakar adunan dalam oven pada suhu 160C
selama 7 - 10 minit bagi adunan dalam acuan cup plastik saiz
kecil. Kalau guna cup plastik saiz sederhana mungkin masanya 10 - 15 minit.
Rajin-rajin la menjenguk
adunan dalam oven selepas 7 - 10 minit ye kot oven kita tuh spesies yang cepat
menghanguskan adunannya.
8. Bila dikeluarkan dari
oven, biarkan dalam 3-5 minit supaya biskut Florentine sejuk. Nih penting
untuk pastikan untuk senang nak ketuk keluar biskut tuh k. Kalau korang dengan
biskut tuh dok berkeriuk lagi di dalam cupcake kertas lepas keluar dari oven,
maknanya dia masih dok mengembang dan panas. Dah tak dengar bunyi dan sejuk
baru ketuk keluar k.
Hasil dalam cup kertas saiz sederhana |
Bila dah sejuk baru ketuk keluar k. Hasil dari plastic cup saiz kecil. |
Den sharekan video sikit macam mana den ketuk keluar biskut dari cupcake kertas ni ye.
Kalau biskut korang payah
nak diketuk keluar dari cupcake kertas tuh, den rasa samada korang ketuk masa
masih panas atau cupcake kertas tuh dah terpleot. Tuh je la sebab yang den
terfikir kalau payah nak ketuk keluar biskut daripada cupcake kertas tuh.
Den guna papercup/cupcake kertas tuh 10 kali bakar cuma bila dah kali ke 9 dan 10 tuh, ada
dalam 20-30% biskut yang terlekat, payah sikit nak diketuk keluar.
Den cuba juga guna cupcake plastic.
Biskut lebih senang keluar dari acuan cupcake plastic kalau nak dibandingkan
dengan papercup/cupcake kertas.
Tak perlu sapu apa-apa atas biskut Florentine tuh sebab dia memang dah
sedia akan berkilat jadinya nanti ye.
9. Boleh terus simpan semua
biskut Florentine yang dah siap dalam bekas k.
Biskut Florentine guna cupcake kertas saiz sederhana. |
Biskut Florentine guna plastic cup saiz kecil |
Biskut Florentine Versi Den bagi 2019
Disebabkan den berulang alik
ke Kedai Bake With Yen dan Whisk dalam 4 kali sebab ada je la bahan yang
terlupa beli bagai, makanya saja je la menggatal tengkuk pi tambah bahan ikut
yang terjumpa dan tergerak kat hati setiap kali pergi ke kedai tuh.
Den buat 6 jenis adunan
biskut Florentine kali ni:
1. Bahan asas + almond
whole (yang dihancurkan. Nih kisah takde kerja cari kerja gitu).
2. Bahan asas + almond
whole dihancurkan + oats. Ada hari tuh pernah makan biskut Florentine yang orang bubuh oats.
3. Bahan asas + almond
whole dihancurkan + kismis sebab ada banyak plak kismis yang
termakan kat rumah. Sebelum kismis tuh terpleot, den masukkan je la sekali
dalam adunan.
4. Bahan asas + almond
whole dihancurkan + kismis + oats.
5. Bahan asas + almond
whole + walnut + pecan (semua kekacang ni dihancurkan). Masa
last trip ke kedai Whisk tuh, terjumpa plak 2 jenis kacang ni. Makanya moh kita
bubuh semua kacang yang dok ada gitu temanya.
6. Bahan asas + almond
whole + walnut + pecan (semua kekacang ni dihancurkan) + oats.
Kalau korang nak guna
walnut, pecan ke gajus ke semua boleh je asalkan kekacang k. Temanya adalah
kekacang kering ye tak kira apa spesies pun.
Bagi almond whole den beli
500 g.
Bagi walnut dan pecan, den
beli 100 gram setiap satu jenis.
Kalau korang nak tambah oats
boleh je guna instant oats, rolled oats, organic oats dan apa spesies oats yang
ada okay.
So biskut Florentine den
kali ni ada extra almond la sebab pi menggatal tengkuk tambah almond whole tuh.
Sebenarnya den ingatkan kacang yang berbeza, dah balik rumah baru macam
tersedar ia adalah almond juga. Den memang blur macam ni. So dah beli kita
bubuh je la dalam resepi sebab kalau disimpan harus la akan expired nanti sebab
den buat biskut ni pun setahun sekali je ha hehhehehehe.
Florentine Biscuit yang ada
oats tuh takde beza sangat rasanya pun sebenarnya cuma mungkin lebih healthy la
gamaknya ye.
Kali ni den buat biskut
Florentine menggunakan:
1. 12 bungkus tepung
Florentine (jenama Sebin, Bakerman dan Florentina semua ada). Den main sauk
je apa jenama yang ada kat kedai Bake With Yen dan Whisk. Sebin RM 15.50,
Bakerman RM 16.90 dan Florentina RM 17.80.
2. 1 kg biji kuaci
(sunflower seeds) - RM 10.90
3. 1 kg biji labu -
RM 22.90
4. 1.5 kg almond flake.
500 g RM 19.90 dan 250 g RM 10.50.
5. 500 g almond whole
- RM 18.90.
6. 100 g walnut - RM
6.90.
7. 100 g pecan - RM
10.90.
8. 250 g rolled oats
- RM 18.90.
9. Paper cup/cupcake
kertas. Nih saiz sederhana. Den beli di Bake With Yen 50 pieces RM
2.70. Den beli di Whisk 50 pieces RM 3.70.
10. Plastic cupcake cup.
Nih saiz kecil. Den beli di Whisk 100 pieces RM 9.90.
Den sarankan korang beli
acuan cupcake saiz sederhana (tak kisah la kertas ke plastic) walaupun biskut
Florentine saiz kecil lebih comel kejadiannya sebab penat nak memasukkan
campuran dalam acuan kecil tuh. Acuan kecil lagi banyak kali nak sendukkan
adunan masuk dalam acuan tuh.
Kiri: Biskut dari plastic cupcake kecil. Kanan: Biskut dari cupcake kertas sederhana. |
Den takde sukat-sukat ke
timbang ke apa. Setiap adunan den, den agak-agak je nak letak berapa kekacang
asal semua bahan boleh habis elok dengan 12 bungkus tepung Florentine.
Bila den bubuh oats, makanya
kuantiti kekacang akan berkurang ikut agak-agak den je.
So disebabkan den main
agak-agak je semua kekacang ni, ada adunan yang den dapat kekacang sikit, ada
yang sederhana dan ada yang termelimpah ruah. Okay je semua rasanya cuma bagi
den kalau dapat campuran sederhana tuh memang sedap je la kat mulut ni ha.
Hasil
Dengan semua bahan ni, den
dapat 44 balang kecil biskut Florentine. Balang tuh ada yang harga 80 sen, 90
sen dan RM1.15.
Balang tutup merah tuh muat 50 - 55 keping
biskut Florentine saiz sederhana guna acuan cupcake kertas.
Balang tutup clear tuh muat:
1. 45 - 50 keping biskut
Florentine saiz sederhana guna acuan cupcake kertas; dan
2. 85 keping biskut
Florentine saiz kecil guna acuan cupcake plastic.
Kiri biskut saiz sederhana. Kanan biskut saiz kecil. |
Balang tutup gold tuh muat:
1. 85 keping biskut
Florentine saiz kecil guna acuan cupcake plastic; dan
2. 50 - 55 keping biskut
Florentine saiz sederhana guna acuan cupcake kertas.
Kiri biskut saiz sederhana. Kanan biskut saiz kecil. |
4 hari juga la den nak
settlekan semua ni. Pitam sungguh. Macam mana la nak menjual kononnya
hehehehhee.
Harga pasaran di PKNS dalam
untuk sebalang kecil dalam RM 18 - RM 25. Ada juga yang jual dalam peket yang
mengandungi 3 keping biskut Florentine besar sikit daripada saiz biskut den
yang sederhana tuh dengan harga RM1.50.
Disebabkan den buat banyak biskut Florentine kali ni, a few times anak-anak den tanya “mama nak
jual ke biskut ni?” Hehehehehehe. Den tak jual pun semua ni. Nak bagi kat
keluarga dan teman rapat je.
So selamat mencuba resepi
biskut Florentine nih ya. Kalau ada apa-apa soalan boleh je tanya di komen ye.
12 Comments
waaah! complete resepi nih... best2 nih... geram je tengok biskut yang berbalang2 tu.... hehehehe...
ReplyDeleteheheheheheh walaupun biskutnya sempoi tapi remeh nak membuatnya sebab ovennya comel naw.
Deletemula2 buat biskut utk mkn sendiri. lama2 buleh buka bisness n jual on9 gitu!
ReplyDeleteIn sya Allah Abam Kie. Doakan ye. Kot saya boleh bersara awal nanti:)
DeleteThanks for the recipe....mmg terbaik
ReplyDeleteYou are welcome:)
DeleteTerima kasih atas perkongsian yang detail gitu. 😍
ReplyDeleteSama-sama:)
DeleteSatu bancuhan Florentine ni dpt brp pcs ye
ReplyDeleteSorry baru perasan komennya. Satu bancuhan boleh dapat dalam 150 keping
DeleteAssalamualaikum sis.. utk 500gram tepung florenta tu.. dgn 1000gran kekacang.. bila siap mnis sgt ke x kejadian kuih ny? Mcm mna nk bt xnk rsa tu terlalu mnis ye?
ReplyDeletebole ke kalau nak kurangkan manis kita kena tambahkan
Deletetepung jagung sedikit?