Pia's the Padi, Langkawi
Den baca reviews di Trip
Advisor yang mengatakan Pia's the Padi ni
adalah antara restoran wajib untuk
kita menjamu selera kalau ke Langkawi lagi-lagi kalau konsep kita nak makan
adalah dining with a view gitu.
Kat Pia's the Padi ni
korang boleh lunch and dinner with a view je k sebab dia takde breakfast dan
opening hours nya pun adalah pada 2 masa ni je k.
Tempat dia den memang bagi
markah penuh sebab di kelilingi sawah padi walaupun padi tuh di luar pagar
restoran hehehehehehe. Restoran memang santai, luas dan bersih, bercirikan
tradisional dan suasana kampung.
A restaurant in the paddy
field gitu.
Ada banyak sangat menu k. Memang
terkulat-kulat la sekejap membaca senarai menu yang boleh membuatkan lidah
tergeliat hehehhhehee. Lobster semua ada la kat sini. Ada western food dan juga
masakan orang Malaysia. Boleh pilih nak makan buffet ke ala carte.
Disebabkan kitaorang ni
deria rasa nak makan pun macam dah tak beberapa nak ada, kitaorang pilih seafood
butter massala dan dessert pancake with ice cream atau cakap omputihnya lempeng
bubuh eskrem.
Food dia bagi den sodap aje
la cuma harganya agak hipster la untuk den hahahahahaha.
Biasa makan kat kedai mamak
alih-alih menjamu selera dekat restoran yang dapat reviews mantop daripada Trip
Advisor kan, harus la terkujat tengok harga macam tuh kihkihkihkih.
Den paling suka lempeng
aiskrim tuh. Biasa la tekak orang tuh macam ni la ye.
Budak-budak happy kat sini
sebab depa adalah agak jakun tengok padi tengah menguning. Bila cakap nasi yang
kita makan berasal daripada pokok padi tuh depa pandang den macam kan den kelentong
depa heheehehhehee.
Kombinasi gaya Beyonce (topi) dan JayZ (peace yo) |
Kalau korang nak lunch atau
dinner di sini, boleh dapatkan info kat bawah ye:
Waktu Operasi: 12
tengahari - 3 petang dan 6 petang - 9 malam (Isnin Ahad)
Alamat: Jalan Ulu
Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 012-4933713
0 Comments