Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pelik naw pula tajuk untuk pembuka kata bagi bulan Mei ni ye.

Mei adalah bulan muhasabah bagi diri den sebab in sya Allah umat Islam akan memulakan ibadah puasa di bulan Ramadhan pada 6 Mei ni. 

Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini ye.

Walaupun sebenarnya muhasabah diri wajar dilakukan setiap hari tetapi muhasabah diri bagi bulan Ramadhan adalah super special kerana barakah dan rahmat di bulan Ramadhan itu sendiri.

Alhamdulillah den akhirnya berjaya menghabiskan ganti semua puasa pada Februari 2019. Panjang ooo kisah den mengganti puasa ni ha. 40 hari akhirnya berjaya diganti dalam tempoh 2 tahun. Alhamdulillah bersyukur sangat. In sya Allah lepas ni, den harap puasa yang akan diganti tidak akan dibawa sampai ke Ramadhan tahun yang mendatang. Serik dah kot kejenya nak membayo fidyah je setiap tahun hhehehehehe. Part yang paling tragis adalah marathon mengganti puasa di kala semua orang tidak berpuasa huhuhuhuhuhu.

So checklist den di bulan Mei merangkap bulan Ramadhan ni adalah:

1. of course default setting nya adalah den sewajarnya melipatkan gandakan semua ibadah di bulan Ramadhan ni ha cumanya dapat direalisasikan ke idok tuh adalah cerita yang berbeza ye. Lets hope paling kurang den dapat solat Terawih;

2. dah makin tua ni, perut cepat naw pedih makanya kena bangun pagi untuk sediakan juadah sahur. Nih harapannya takde la adegan snooze kan alarm, lepas tuh terbongkang tidur sampai subuh gajah lalu terpleot seharian sebab tak sempat bersahur. Moh kita bangun bersahur ye sebab ada barakah dalam sahur kita tuh;

3. rasanya akan tapau lauk dekat jiran yang memang selalu masak sedap tuh ha untuk berbuka kalau den tak larat nak masak. Dah 2,3 kali Ramadhan juga rasanya den dah jarang membeli juadah berbuka di bazaar Ramadhan sebab tak kuasa nak bersesak-sesak, etc;

4. dah puasa makanya kena la juga buat persiapan raya ye. Dengar-dengar kata macam takde bonus raya pada tahun ni, makanya lagi super sederhana la den sekeluarga nak menyambut raya tapi yang pasti kena belikan sampin raya untuk F sebab tahun lepas den terlupa belikan dia sampin, udah dia berbaju Melayu tanpa sampin. Kesian nko nak dapat omak macam den ni ha;

5. the usual suspects di dalam persiapan hari raya perlu disediakan walaupun tiada bonus. Kuih raya, baju raya dan duit raya walau macam mana pun nak tak nak kena disediakan walau paling sederhana dok ada;

6. den berharap dapat settlekan cerita tentang Langkawi, Genting dan Penang sebelum menjelangnya hari raya huhuhuhuhuhu. Tak tau la kenapa terkelembap melampau sekarang ni. Tulis cerita santai macam ni pun makan berbulan-bulan. Lagi tak sedar diri pernah berangan nak sambung PhD muahahahhahahaha;

7. in sya Allah den akan joint kelas tart baking pada 11 May ni. Masa posa plak pi joint kelas memasak bagai kan? Nasib la labu nanti menahan gelojak di perut bila bau sedap-sedap masa kelas memasak tuh hehehhehehe; dan

8. in sya Allah hujung May ni den nak buat biskut Florentine atau Crunchy Caramel Almond Cookies yang masih merupakan popular post dalam blog den nih ha. Nih je la pun biskut raya yang den nak buat sendiri.

Eh banyak naw plak agenda di bulan Ramadhan nih. In sya Allah semoga semuanya dapat direalisasikan.

Till then….selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua ye. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini adalah Ramadhan terbaik untuk kita. Semoga Allah terima semua ibadah kita. In sya Allah.

0 Comments