Ya Allah tak habis-habis lagi cerita pasal trip ke Langkawi pada September 2018 nih ha. Dah hampir 8 bulan kot tak habis cerita lagi. Adoi la tak tau pasai pa jadi lagu ni. 

In sya Allah den cuba sedaya upaya menghabiskan cerita Langkawi ni sebelum kita bertemu Ramadhan Al-Mubarak ye.

Hari terakhir di Langkawi dimulakan dengan sesi melayan kiddos bermandi mandi di Pantai Tanjung Rhu buat sekian kalinya sebelum check out dari Primrose Sea View (yang den rasa macam nak menginap lagi di sini kalau ke Langkawi).
Sempat lagi budak bertuah ni tiup belon lepas check out
Lepas check out terus ke kitaorang lunch di Pia's the Padi yang den baca di Trip Advisor kata antara restoran wajib makan kalau ke Langkawi.
Luncheon with a view gitu
Seterusnya kitaorang memulakan perjalanan kembali ke pangkal jalan iaitu ke Terminal Jeti Feri di Pekan Kuah untuk ke Kuala Perlis.
Tengok ikan dalam parit pun dah boleh buat depa happy
Sesampainya di Jeti Kuala Perlis, terus gerak ke Ladang Nipah Kipli, Kuala Perlis untuk minum petang dalam suasana kampung dan hutan gitu.
Memang sedap
Ingatkan nak terus balik ke Shah Alam tapi memandangkan sejak dah masuk 40an ni memang la tak lalu nak berkejar-kejar atau nak memaksa badan bagai. Makanya singgah la kita menginap di Bukit Merah Lake Town Resort.

Begitulah kisah percutian 5 hari 4 malam keluarga kecil kami di Langkawi. 

In sya Allah den akan cuba cerita tentang Pia's the Padi, Ladang Nipah Kipli, Kuala Perlis dan Bukit Merah Lake Town Resort di dalam post yang mendatang ye.

0 Comments