Sebelum semua maklumat den tak ingat, den nak berkongsi cerita tentang Kursus Meroti yang den ada rezeki untuk joint pada 28 April 2019 yang lepas.

Kursus Meroti yang bermula dari 9 pagi hingga 5 petang ni berlangsung di Kilang Roti Maria, Nilai.
Mesti korang tertanya-tanya kan berapa la harga Kursus Meroti satu hari suntuk nih ye.

Yurannya memang murah sangat tau. RM 100 untuk kursus 1 hari + light breakfast + makan tengahari + sijil + bawa balik semua roti yang dibuat pada hari tuh. Serious berbaloi-baloi sebab memang kelas hands on.
Kat sini kitaorang belajar almost 1 hari cara buat roti
Disebabkan ada satu kumpulan tak dapat tak joint kelas meroti pada hari tuh, jadinya hanya tinggal 9 orang peserta je. Biasanya satu kelas meroti ada 20 ++ orang peserta.

Rezeki kitaorang la sebab crowd tak ramai, sempat la Chef nak pesoh sorang-sorang lagi-lagi den nih ha yang tiada ilmu langsung pasal meroti ni kecuali makan roti sampai lebam.

Daripada 9 orang peserta ni, sorang owner bakeri dan ada tender roti kepada sekolah, 6 orang memang menjual roti dan 2 orang tak tau apa-apa pasal meroti (den la salah sorangnya).

Ada 9 modul yang diajar sepanjang kursus meroti tuh:

1. Teori Roti
2. Bancuhan adunan roti guna tangan
3. Bancuhan adunan roti guna mesin
4. Membentuk Roti
5. Memerap Roti
6. Menghias Roti
7. Membakar Roti
8. Membungkus Roti
9. Usahawan Roti

In sya Allah nanti den cerita dalam next post tentang ringkasan setiap modul ye. Macam panjang beno plak post ni nanti kalau diletakkan semua cerita dalam ni. Lebih banyak gambar roti di post ni nanti ye.

Chef Baudin yang merupakan ex-Marine Engineer ni spesis orang dulu-dulu yang mengajar dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut. Kita suruh ulang beberapa kali pun steps nak buat roti terutamanya menghias roti, dilayannya dengan penuh berhemah.
Chef Baudin dok share ilmu dan pengalaman meroti
Chef sabo sungguh mengajo anak murid seorang yang tak pernah langsung menguli tepung nih ha sepanjang 41 tahun hidup.

Den memang tak sempat nak ambil banyak gambar sebab dok focus meroti (hahhahaha poyo je ayat tapi sungguh la kena focus sebab semua benda den tak tau).

Lepas pendaftaran je, dah disediakan breakfast sedap.

Lunch memang superb sebab ada lauk perut lembu bagai. Memang makan tanpa pedulikan langsung kiraan kalori heehhehehehe. Tak sempat nak ambil gambar barang sekeping pun masa lunch nih ha sebab teruja nak makan perut lembu hehehehhhee.

Disebabkan adunan roti yang dibancuh adalah 7.5 kg (7 kg adunan guna mesin dan ½ kg guna tangan) dan dibahagikan kepada 9 orang peserta, makanya kitaorang setiap sorang dapat bawa balik 18 ketul buns + beberapa keping roti benggali. Memang kenyang gila makan roti sebab roti dia memang gebu gebas. Den siap bawa roti tuh bagi kat unit den kat ofis lagi. 
Roti yang dihasilkan oleh semua students termasuk den hehehhehehee
Terima kasih Chef sebab sudi memberi tunjuk ajar, share tips, resepi dan ilmu meroti.  
Sifu roti bersama semua anak-anak muridnya
Korang kalau dok tercari-cari kursus meroti, korang mesti pergi ke Kelas Usahawan Roti Maria di Kilang Roti Maria sebab in sya Allah memang berbaloi-baloi. 

Serious kelas roti paling murah di pasaran dengan masa yang hampir 1 hari + korang bawa balik semua roti yang dimasak + pelbagai tips untuk panduan kita semua.

Korang boleh tengok updates tentang maklumat kelas, etc di Facebook https://www.facebook.com/perniagaansrisamuderadesa/

Di samping Kelas Meroti, Kilang Roti Maria juga ada menganjurkan Kelas Cream Puffs dan Eclairs serta Sourdough Class (Bread, French Loaf dan Bagel).

In sya Allah kalau ada rezeki den nak pergi lagi 2 kelas ni di masa akan datang.

0 Comments