Juadah Ramadhan Di Lepaq Place, Seksyen 20, Shah Alam
Lepaq Place Café ni
terletak di bawah apartment den. Memang senang sangat k hidup orang kat
apartment tuh. Agak-agak malas nak keluar tapi kelaparan, whatsapp je tauke
kedai yang manis tuh nak makan apa. Lepas tuh tunggu je la makanan dihantar
sampai ke depan pintu. Macam mana la kan den tak kekal bulat kan?
Hehehhehehehee.
Sepanjang bulan Ramadhan ni,
Lepaq Place beroperasi dari 3 petang - 6.30 petang k.
Juadah ala Bazaar Ramadhan
di Lepaq Place:
1. set berbuka puasa yang
sempoi tapi sedap dan ready to go;
2. lauk pauk; dan
3. kuih-muih termasuklah
Kuih Tepung Pelita Inn.
Set Berbuka Puasa Sempoi, Sedap dan Ready To
Go
Setiap set cukup nutrisi
dengan rasa macam mak-mak masak. Ada nasi + lauk + sayur + kuah + buah-buahan.
Ada 4 set semuanya:
Set B: Nasi Ayam Masala + Air mineral + Air
Tin/Air kotak - RM 15.50.
Set C: Nasi Pajeri Nanas + Air mineral + Air
Tin/Air kotak - RM 15.50.
Set D: Nasi Tomato Ayam Merah + Air mineral +
Air Tin/Air kotak - RM 16.50.
Kalau beli lebih dari 10
pax, setiap harga di atas tolak RM 2 ye.
Tapi kalau korang nak beli
nasi sahaja tanpa set pun boleh aje k.
Nasi Beriani Kambing RM 12
Nasi Ayam Masala RM 9
Nasi Pajeri Nanas RM 9
Nasi Tomato Ayam Merah RM10
Nih harga tanpa set air +
tanpa caj penghantaran ye.
Den sekeluarga dah makan
semua set semalam masa berbuka puasa. Lepas tuh complaint kan kenapa bulan
puasa berat tetap jua bertambah hehheehehehe.
Semua pun sedap kat tekak
den tapi favourite den dan F adalah Nasi Beriani Kambing. Thorrbaekkk. F tuh
dah la very picky eater. Kalau dia kata sedap tuh, memang sedap la.
Bersungguh dia makan kari kambing tuh. Tapi dia makan dengan nasi putih. F nih sejenis memilih sakan bab makan. |
Kari kambing yang marvelous. Kuahnya buat cicah dengan roti bakar pun sodap |
Kalau tak nak makan set to
go ni, korang boleh pilih lauk pauk dan kuih muih yang memang ummmpphhh
rasanya.
Korang boleh datang ke Lepaq
Place di Jalan Singa 20F/F Seksyen 20 Shah Alam untuk tapau food dan kuih-muih yang
pelbagai spesies dengan rasa macam air tangan mak-mak tuh ye.
Bawa duit lebih tau. Takut
tiba-tiba terberkenan kat banyak juadah sebab lauk pauknya ohsem bebeno.
Nak tempah untuk berbuka
puasa, sahur dan moreh semuanya boleh k.
Tiga gambar nih dari IG Lepaq Place. Depa boleh tapaukan camnih untuk korang. Senang nak makan. |
Check out IG depa https://www.instagram.com/lepaqplace
atau contact 011-59401330 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan ye.
3 Comments
wah menariknya....
ReplyDeletelagi-lagi masa bulan puasa nih kan:)
DeleteKalah melulu main di agen lain?
ReplyDeletemari coba disini F4ns Bett1ng (WA +855 96315624)^^