Weekend lepas den ada urusan di bahagian utara yang tidak dapat dielakkan yang memerlukan kitaorang sekeluarga menginap di Parit Buntar. Seperti biasa, den dan hotel bajet berpisah tiada.

Kitaorang berpuas hati sangat-sangat dengan hotel Frasers Inn Parit Buntar ni.

Walaupun hotel ni masih ada minor renovation yang belum siap tapi keseluruhannya memang okay.

Dengan bayaran RM 85 through Agoda, kitaorang dapat family room yang ada 1 katil Queen dan 1 katil single. Bilik yang sangat besar. Budak-budak puas berlari ke hulu ke hilir sampai la kitaorang tutup lampu paksa diaorang tidur hehehehehhehe.
Televisyen bapak besar memang puas hati tengok tv. Ada disediakan mini fridge, kettle, drinking water dan tempat sangkut baju.
Bilik air pun best dengan pressure shower yang kuat dan bersih.
Bilik besar, kemas dan bersih, semua kemudahan tersedia dengan hiasan yang minimalist bagi harga RM 85 tuh memang sangat berbaloi-baloi untuk kitaorang.

Kedudukannya memang strategic di tengah-tengah pekan Parit Buntar. Kemudahan sekitar hotel yang memang sepelaung berjalan kaki sahaja memang awesome.

Ada supermarket, KKMart, kedai baju, kedai serbaneka, kedai buku, kedai elektrik, Secret Recipe, etc. Memang sangat memudahkan.

Disebabkan kitaorang sampai sini dah pukul 830 malam makanya tak terlarat nak ambil gambar kawasan sekitar hotel ni ha.

Den rasa disebabkan renovation masih belum selesai sepenuhnya sebab tuh dapat harga diskaun macam ni. Kalau dah siap esok, bilik yang macam den duduk nih ha of course rege dalam RM 150++.
In sya Allah kalau terpegi ke Parit Buntar lagi, memang akan menginap lagi di hotel ni.

2 Comments

  1. ya rabi kalau macam ni rm85 memang teramat brbaloi kak :) nampak selesa sangat pastu bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann....berbaloi sangat dan memang puas hati.

      Delete