Bukit Merah Lake Town Resort, Perak
Persinggahan yang tak
disangka sebab lepas dah makan kenyang nak pengsan di Ladang Nipah Khipli,
Kuala Perlis tuh memang ingat nak terus balik ke Shah Alam tapi memandangkan
sejak dah masuk 40an ni memang la tak lalu nak berkejar-kejar atau nak memaksa
badan bagai, makanya terpaksa la kitaorang singgah bermalam di Bukit Merah Lake
Town Resort.
Rezeki kitaorang sebab menginap
pada hari weekday dan bukan cuti sekolah bagai, kitaorang dapat bilik di ground
floor yang bukan sahaja ada bath tub tapi sepelaung je dari swimming pool.
Bukit Merah Lake Town
Resort nih dah lama kot wujud makanya biliknya memang ada aura old school tapi disebabkan
ada perabot yang direfurbish makanya bilik hotel masih presentable dan selesa
je.
Yang penting bagi den bilik
hotelnya bersih dan kemas.
Den rasa puas hati sangat
dengan bilik yang kitaorang dapat. Dah la besar, budak-budak sakan dapat berlari
ke hulu ke hilir. Semua kelengkapan berfungsi dengan baik. Memang puas hati la
daripada katil yang empuk, televisyen yang ada banyak channels, cerek, peti
sejuk mini, etc. Memang semuanya sangat okay.
Walaupun kitaorang sampai
sini dah dalam pukul 930 malam, budak-budak sempat la juga berendam sekupang
dua dalam bath tub tuh sebelum dipaksa tidur.
Esoknya celik je mata,
walaupun masih terpisat-pisat terus je depa terjun dalam pool. Best sangat
sebab takde orang makanya pool tuh depa conquer la. Memang heaven la untuk
depa.
Kalau berjimba bagi kat depa |
Good morning you |
Pool dalam keadaan yang
sangat bersih dan elok keadaannya. Ada pool untuk kiddos dan orang dewasa.
Sakan budak-budak ni mandi
sampai la nak check out.
Sebenarnya banyak je
aktiviti yang boleh dibuat kat sini macam bermandi manda di taman tema, melawat
pusat perlindungan orang utan, berkayak, berbasikal, memancing dan memanah, etc
tapi disebabkan kitaorang nak mengejarkan balik ke Shah Alam makanya kitaorang
tak berkesempatan la nak buat aktiviti-aktiviti yang best ni ha.
In sya Allah next time bila
ada rezeki kitaorang datang lagi ke sini.
Thank you Bukit Merah Lake
Town Resort for the great hospitality.
PS
Akhirnya siap juga cerita pasal sesi berjimbaan ke Langkawi pada September 2018
yang lepas. Almost 8 bulan baru settle semua cerita. Hantu raya sungguh.
1 Comments
Kalah melulu main di agen lain?
ReplyDeletemari coba disini F4ns Bett1ng (WA +855 96315624)^^