Taman Agroteknologi Stesen MARDI @ MARDI Langkawi Agro Technology Park
Kalau korang datang ke
Langkawi singgah la sini sebab memang la sangat berbaloi-baloi. Dengan bayaran
tiket yang memang mampu milik, di samping dapat tengok ladang buah-buahan serta
ikan dan kambing, korang akan dapat makan buah-buahan tempatan dengan jayanya heheheehe.
Den dan makan memang la tak dapat dipisahkan. Makanya toksah la berangan nak
buat IF bagai ye.
Boleh je la korang nak berjalan kaki meronda kat sini tapi kawasan ni luas sungguh k |
Budak-budak suka sangat
naik truck ni sebab terasa tiupan anginnya sepanjang perjalanan kitaorang di
sini. Kalau cuaca cantik memang cun tapi kalau hujan tak tau la samada kena
tunggu hujan seriyat atau jalan terus tapi ditutup bahagian penumpang truck tuh
dengan kanvas ke apa.
Cuma nak sabar la menunggu
truck ni ye. Nasib baik cam kitaorang tunggu tak sampai 10 minit. Kalau masa
ramai orang lagi lama la nak tunggu truck ni.
Kitaorang dapat naik truck
dengan staff yang sangat ohsem dan peramah tak ingat. Banyak betul cerita dia. Bersungguh-sungguh
dia bagi explanation pasal pokok, etc. Rajin layan budak-budak pun iya juga.
Sayang den terlupa nama dia apa.
Cincin daripada daun kelapa untuk budak-budak. Staff Mardi tuh yang buatkan. |
Belum apa-apa hal, first
stop selepas naik truck adalah café untuk makan buah-buahan tempatan. Makan
sampai lebam gitu sebab asal kosong je tray buah tuh, pekerja café bubuh lagi
buah.
Ada macam-macam buah tempatan k. Ada rambutan, tembikai merah, tembikai kuning, tembikai susu, kedondong (buah ambra), betik, belimbing, nangka, limau dan jambu.
Ada macam-macam buah tempatan k. Ada rambutan, tembikai merah, tembikai kuning, tembikai susu, kedondong (buah ambra), betik, belimbing, nangka, limau dan jambu.
Budak-budak sakan dok makan
rambutan je la keje depa sebab favourite depa tuh. Staff tuh bagitau kalau
datang musim durian, memang depa akan jamu durian sekali.
Cuaca panas berdenting
walaupun dah petang, makanya memang sedap la makan buah-buahan fresh sambil
melepak tengok pokok-pokok buah di sekeliling kawasan café yang penuh kehijauan
tuh.
Lepas makan, sempat la budak-budak
ni tengok kambing yang berada di dalam kandang bersebelahan dengan café.
Kitaorang juga dibawa tengok pokok buah apa den tak ingat dah nama dia tapi semua pengunjung macam excited gila nak tengok buah tuh. Ampunkan la den ye. Peristiwa ni berlaku dah 7 bulan lepas, ditambah pula den nih memang mempunyai gold fish memory, makanya banyak la info yang den terlupakan.
Tengok kambing camnih pun depa dah happy |
Kitaorang juga dibawa tengok pokok buah apa den tak ingat dah nama dia tapi semua pengunjung macam excited gila nak tengok buah tuh. Ampunkan la den ye. Peristiwa ni berlaku dah 7 bulan lepas, ditambah pula den nih memang mempunyai gold fish memory, makanya banyak la info yang den terlupakan.
Buah yang den dah terlupa namanya tuh |
Dekat café nih juga ada
jual kuah rojak dan kuah asam yang diletakkan di dalam bekas yang comel je.
Boleh juga beli air jus buah-buahan kat sini. Tema dia memang semua buah la kat
café ni.
Di sekitar café juga
diletakkan maklumat tentang Taman Agroteknologi Stesen MARDI serta tanaman
buah-buahan yang ada di sini.
Lepas semua orang tak dah
mampu lagi nak makan buah, kitaorang dibawa melawat kolam ikan. Ada ikan
tilapia, ikan keli, etc. Staff yang ramah tamah tuh dah memang bawakan roti
untuk kita bagi makan ikan-ikan tuh. Anak-anak den paling suka kat sini.
Ikan-ikan tuh pun sakan berebut roti yang dibaling. Tuh yang budak-budak teruja
sangat tuh.
Sebelum berhenti di
perhentian terakhir, kitaorang singgah sebentar bergambar dengan buah cempedak
yang paling handsome di taman ni.
Handsome kan? |
Last stop adalah di kawasan
pokok-pokok kelapa yang mana staff rajin melayan pelancong dari Arab berlakon
konon-konon panjat pokok kelapa yang tinggi untuk petik kelapa padahal pokok
kelapa tuh rendah je. Punya la rajin staff tuh melayan sampai terbaring-baring
nak mengambil angle yang terbaik.
Selepas habis lawatan,
kitaorang sempat tengok cenderahati yang dijual di sini. Of course ada banyak
kerepek atau keropok berasaskan buah-buahan tempatan yang dijual kat sini.
Tshirts semua pun ada dijual. Kitaorang cuma beli kerepek nangka untuk kudapan.
Sebelum balik, kitaorang
singgah minum di café utama yang menjual makanan dan minuman untuk minum petang
sekejap. Budak-budak gembira je sebab dekat café ni ada mini playground.
Sementara den dan buong minum petang, depa dok sakan berjimba di situ.
Tempat ni memang best untuk
dilawat bersama keluarga lagi-lagi kalau ada anak-anak umur lebih kurang
anak-anak den tuh sebab boleh bagi pendedahan kat diaorang pasal pokok
buah-buahan.
Kemudahan yang ada kat sini pun memang lengkap dengan suraunya, toilets, etc.
Kemudahan yang ada kat sini pun memang lengkap dengan suraunya, toilets, etc.
So kalau siapa nak datang
kat sini, boleh dapatkan maklumat kat sini ye:
Waktu Operasi: 8.30 pagi - 5.00 petang (Isnin - Khamis,
Sabtu dan Ahad)
Jumaat : Tutup
Harga Tiket: Dewasa RM 10, Kanak-kanak (4 -12 tahun) RM 5
Harga Tiket: Dewasa RM 10, Kanak-kanak (4 -12 tahun) RM 5
Website: http://tatml.mardi.gov.my/
Telefon: 04-9532550
0 Comments