Shazam Movie
Semalam pergi ke AEON Big Bukit Raja sebab ada
barang yang nak ditengok. End up with tak jadi beli barang tuh tapi tengok
wayang cerita Shazam.
Memang takde dalam agenda pun tengok Shazam ni sebab
den rasa macam tak best je movie ni.
Tapi surprisingly movie ni best k. Kiddos suka
sangat, si A pun tengok sampai habis. Last time masa tengok Captain Marvel, dia
dah tertido towards 1 hour to end of the movie.
Shazam ni santai sangat, komedi dan jalan cerita
yang senang gila nak faham.
A reluctant hero sebenarnya si Bill Stanton ni nak
jadi Shazam sebab apa la budak umur 15 tahun pasal nak berjuang untuk
selamatkan manusia daripada kejahatan kan. Nak plak budak yang ada isu sebab
rasa bersalah sebab terlepaskan tangan emaknya pada umur 3 tahun di pesta dan
menghabiskan masa dengan melarikan diri daripada rumah keluarga angkat dengan
misi mencari ibu kandungnya.
Tapi ada beberapa perkara yang sebenarnya boleh
diambil pengajaran daripada movie ni:
1. anak-anak sememangnya mengharapkan kasih sayang,
penghargaan, perhatian, etc daripada ibu bapa. Kalau mak ayah tak menunjukkan
kasih sayang selayaknya, asyik kondem, kritik, bagi kata-kata negative, etc
semuanya tuh akan terkesan pada anak-anak. Dr Sivana penjahat dalam cerita ni
adalah salah seorang contohnya. Even kebanyakan penjahat dalam cerita
superheroes macam Lex Luthor, etc sememangnya macam kekurangan kasih sayang;
2. keluarga tidak semestinya orang yang sedarah
sedaging dengan kita. Dalam movie Shazam ni kita boleh tengok walaupun Bill
Stanton dok mencari emaknya lebih sedekad dan tak pedulikan orang lain yang
cuba menyayangi dia, dia akhirnya sedar yang keluarga angkat dan adik-beradik
angkatnya adalah keluarganya sebab sayang kat dia, terima dia seadanya, beri
dia peluang untuk perbaiki kesalahan, etc; dan
3. 2 kriteria utama nak jadi superheroes yang
dipilih atau the chosen one (bukan sebab kemalangan, etc macam Hulk atau
Captain Marvel) mestilah calon superhero tuh kena baik hati dan tidak
pentingkan diri. Ciri yang sama ditekankan untuk calon Captain America. Kalau
kita termasuk dalam kategori luhur hati dan tak pentingkan diri, kita ala-ala
boleh jadi superhero la kan hehehehhehee.
Of course la dia bukan in the same level dengan
superheroes yang serious baik dari Marvel dan DC tapi tetap la ianya dalam
kelas tersendiri.
Bila den tengok movie Shazam ni, den rasa sebenarnya
tiada pertandingan superheroes Marvel vs DC yang mana lagi best. Bagi den
superheroes daripada kedua-dua ni saling melengkapi antara satu sama lain
walaupun kadang kala similarity tuh macam ada di sana sini.
Bagi den kalau nak tengok superheroes yang serious
dengan story line yang complicated sila la tengok superheroes Marvel.
Walaupun DC memang ada serious storyline macam
Batman dan Superman tapi still kalau nak tengok superheroes yang santai dan tak
perlu fikir banyak sangat, kita boleh pilih DC superheroes macam Aquaman dan
Shazam ni ha.
Cuma costume Shazam ni walaupun den tau diadaptasi
sebaiknya daripada komik tapi tak sure kenapa di mata den nampak 80an sangat
patternnya tuh hehehehehe.
Disebabkan den tak pernah plan nak tengok movie ni,
makanya den tak baca la review ke siapa pelakon dia, etc.
Alih-alih bila tengok si Shazam baik Shazam hero dan
Shazam yang ahli sihir tuh, den ada rasa macam kukenal siapa yang berlakon ni
tapi siapa ye. Dah habis movie bila den google baru la den tau si Shazam tuh
adalah Zachary Levi, lead character dalam
drama series Chuck. Mamat nih memang sajak benar dengan watak kelakar.
Shazam yang ahli sihir pula rupanya si Djmon Hounsou, den mula kenal dia masa dia couple dengan Kimora Lee
dulu-dulu, korang mungkin kenal dia sebagai Korath dalam
Guardian of Galaxy dan Captain Marvel.
Penjahat
adalah Dr Sivana yang dilakonkan oleh Mark Strong (mula-mula den confused mamat
ni dengan Stanley Tucci).
Kalau ada anak-anak peminat superheroes macam
anak-anak den, movie Shazam ni memang sesuai untuk tontonan satu keluarga
sambil bersantai makan popcorn, nachos dan hotdog (yang of course akan habis
dimakan masa dok tengok trailers sebelum movie sebenar ditayangkan hehehehehe).
4 Comments
Syok pulak baca komen cite ni... nak pergi tgk movie tp kawan memasing dah berkeluarga... beli buku & shopping gigih lagi sengsorang..tp tgk wayang mcm pelik pulak sengsorg.. huhu..
ReplyDeleteMula-mula memang weird kot. Lama-lama akan okay. Seronok oooo makan nachos tak payah berkongsi dengan sapa-sapa hehehehehehe
Deletetengok trailer cem krik2 je hahaha.. tataula macam mana.
ReplyDeletetunggu Avengers je ni !!
Avengers tuh dah masuk dalam senarai wajib tengok tapi tuh la Loki dah takde. KSarie paling minat dia sebab handsome kot Tom Hiddleston tuh heehheheehehhe. Dah dia takde kena la root for Iron Man, the sexy Robert Downey Jr.
Delete