First time kitaorang menginap di kawasan Tanjung Rhu bila ke Langkawi.

Semasa ke Langkawi sebelum-sebelum ni yang baru berapa kali tu kitaorang menginap kat kawasan Kuah dan Pantai Cenang.

Kitaorang pilih nak menginap di Primrose Sea View ni sebab harga dia termurah pada tarikh kitaorang nak. Biasa la den ni dan percutian bajet memang tak dapat nak dipisahkan.
Den rasa berbaloi sangat duduk kat sini sebab chalet nya tak banyak, ada dalam 8 buah kalau tak silap. Lepas tuh memang tak ramai orang sebab bukan hari cuti. 

Ada 4 buah chalets je yang berpenghuni masa kitaorang menginap kat sana.
Winning point chalet ni adalah ianya terletak sepelaung sungguh dari tepi pantai. Tak sampai seminit dah sampai pantai gitu.

Sampai-sampai je, letak-letak beg terus je budak-budak ajak melompat dalam laut. Depa memang paling happy mandi laut sampai lebam. Matahari dah nak terbenam baru la depa balik ke chalet, tuh pun puas berhambat.
Dengan harga RM 200/malam den memang berpuas hati dengan chalet 1 katil Queen dan 1 katil single ni.
Semua kelengkapan serba okay untuk kitaorang daripada siaran televisyen, aircond, peti sejuk, kipas angin, almari, sejadah, iron, kain pelikat, etc.
Siap ada extra tilam lagi ye.

Complimentary air botol juga didatangkan bersekali dengan sebekas gula-gula. Sakan la budak-budak ni makan gula-gula sampai habis. Macam mana la kan gigi tak rongak.
Bilik air pun selesa. Shower dengan pressure yang best dan air panas yang memadai.
Memang terbaik chalet ni.

Tidur malam kat sini memang ditemani bunyi hempasan ombak ke pantai. Memang nyaman sangat.

Tiada café di sini setakat yang kitaorang menginap, makanya tiada disediakan breakfast di sini tapi ada je kedai berdekatan untuk kita makan breakfast atau dinner.

Kawasan tempat letak kenderaan berpagar. So in sya Allah selamat keretanya ye.
Sebelum terjun dalam laut, sempat main dulu dengan pokok semalu
Sebelum check out, kiddos sempat lagi mandi laut lagi sekali.
Sempat main belon sabun lepas check out
Serious den rasa chalet ni best sangat. Berbaloi menginap di sini.

Saranan den sila la menginap kat Tanjung Rhu ni kerana di samping pantainya yang memang awesome (white sandy beach, etc), kawasan ni tak ramai sangat orang menginap, makanya kalau kita pergi masa bukan peak time, in sya Allah macam pantai tuh kita yang punya gitu.

Kawasan Tanjung Rhu ni memang jauh sikit ke dalam dan macam sunyi tapi ada kedai makan dan kedai runcit.

Untuk sesiapa yang nak lari daripada kesesakan kat Pekan Kuah dan Pantai Cenang yang happening tuh, den sarankan menginap la at least satu malam kat sini. In sya Allah berbaloi.

In sya Allah bila den ada rezeki ke Langkawi lagi, memang berangan nak menginap 1 malam di Tanjung Rhu.

0 Comments