Kalau korang ke Langkawi dan nak rasa waffle dan crepe asli buatan Perancis tanpa perlu ke Paris kan, korang kena la singgah ke My French Factory di kawasan Pantai Cenang ni.

My French Factory ni terletak di ground floor, Bangunan Langgura Baron Resort, bersebelahan Cenang Plaza.

Café dia small and sweet gitu. Kalau datang peak hour memang kena beratur la nak makan sebab kalau tak silap ada dalam lebih kurang 6 meja je.
Hiasan café memang bertemakan Perancis. So memang boleh la dikatakan makan sambil fefeling berada di Perancis gitu.
Kalau tengok menu sure korang rambang mata dan tak tau nak pilih waffle dan crepe mana sebab ada pelbagai jenis kot.

Harga in sya Allah mampu milik lagi walaupun kalau korang tak bandingkan dengan waffle A&W hehehhehehehe. Dalam range RM 17 ke atas bagi setiap waffle A&W bergantung kepada topping apa yang korang pilih k.
Kitaorang minta waitress cadangkan waffle dan crepe apa yang popular. Kitaorang ambil satu waffle dan satu crepe. 

Air plak kitaorang minum air kelapa, air orange dan air kosong.

Waffle dan crepe yang kitaorang makan tuh penuh dengan salted caramel (nih speciality café ni kalau ikut waitress tuh). Even kalau kita nak beli saltet caramel tuh bawa balik pun boleh je tapi den tak tanya plak harganya berapa.
Tak ingat apa nama crepe ni tapi yang pasti penuh coklat heheheheehe
Waffle yang dipenuhi dengan salted caramel
Sedap ke tak?

Untuk tekak den dan buong yang dah semakin kurang deria rasa ni, sedap je la waffle dan crepe tuh cuma kitaorang lagi suka waffle A&W hehehheheehe.

But still kalau korang ada kat Plaza Cenang atau Pantai Cenang, harus singgah merasa waffle dan crepe asli buatan Perancis k. Sekali pun jadi la k.

Bon apetite yar. 

Waktu Operasi: 11 pagi - 11 malam (Isnin - Khamis, Sabtu dan Ahad)

Jumaat : Tutup


Telefon: 04-955 5196

0 Comments