Murad Prebiotic Series
PREBIOTIC
3-IN-1 MULTIMIST: Kunci Utama Penyelesaian Hidrasi Sepanjang Hari
Solusi
3 dalam 1 ini adalah medium terbaik membantu menyihatkan kulit di peringkat
asas. Ia menghapuskan dehidrasi dan menyingkirkan kulit kusam, meminimumkan
garis halus dan kedut serta bertindak sebagai bahan asas sebelum lapisan kita
memakai make up.
PREBIOTIC
3-IN-1 MULTIMIST berfungsi bak magis dalam menggalakkan dan meningkatkan kadar
bakteria baik di samping mengekalkan kadar hidrasi terbaik pada permukaan kulit
melalui 3 bahan utama:
1.
prebiotic hydrating sugars yang
membantu memperkuat dan meningkatkan kadar hidrasi secara semula jadi untuk
kulit yang lembut dan sihat;
2. yeast atau fungus peptide membantu mengekalkan tahap
kelembapan semulajadi untuk kulit yang sihat. Secara tidak langsung, penggunaan
produk ini menjadi pemangkin kepada persekitaran ideal untuk mikroorganisma
yang sihat; dan
3.
biopolymer complex pelbagai guna yang
terdapat di dalam produk ini dapat memastikan kulit bernafas serta melembutkan
permukaan kulit secara semulajadi untuk lapisan asas solekan yang secara tidak
langsung menyebabkan solekan tahan lebih lama.
Selain
itu juga, kaedah penggunaan PREBIOTIC 3-IN-1 MULTIMIST adalah untuk memastikan
bedak yang digunakan melekat terus pada permukaan kulit tanpa ada sisa yang
melekat pada berus. Caranya adalah dengan menyembur produk tersebut pada berus
solekan sebelum dicelup di dalam bedak.
MultiMist
sesuai disemburkan pada kulit sama ada selepas selesai mencuci muka atau
semburan sebelum lapisan asas make up. Ia juga susuai dijadikan sebagai
semburan penyegar sepanjang hari bagi mengatasi hidrasi berlebihan.
PREBIOTIC
4-IN-1 MULTICLEANSER, Mengekalkan Kelembapan Sehingga 15 Lapisan
Segala
yang diperlukan oleh kulit anda segalanya terdapat di dalam satu botol
PREBIOTIC 4-IN-1 MULTICLEANSER. Produk gel-to-oil
yang menjadi pencuci solekan ini diformulasi bagi menyeimbangkan
mikrobiotik kulit melalui penyuburan
prebiotik untuk menggalakkan kulit yang sihat. Ia sesuai digunakan sebagai penanggal
solekan, menyingkirkan kotoran dan minyak pada wajah, mengurangkan kekeringan
dan hidrasi serta memperbaiki tekstur kulit tidak sekata.
Sesuai
digunakan untuk semua jenis kulit (termasuk yang sensitif). Produk 4 dalam 1
yang dilengkapi dengan formula tidak mengeringkan sesuai digunakan di waktu siang
mahupun malam.
Produk
berasaskan Plant-based emollient dan hemisqualane yang dihasilkan dari tebu
berfungsi secara berkesan menanggalkan solekan pada mata, bibir muka (termasuk
solekan kalis air) dengan hanya satu kali cucian di samping menyuburkan kulit.
Cyclic
peptid
merupakan kandungan unik pencuci peptide yang
berkesan 300 kali ganda lebih baik berbanding kandungan yang digunakan secara
tradisional dalam menghasilkan produk penanggal solekan yang akhirnya
menyebabkan iritasi. Ia membantu menyingkirkan minyak dan kotoran yang
terperangkap di samping membolehkan permukaan kulit mudah untuk dicuci tanpa
mengurangkan kadar kelembapan semulajadi. Kandungan yang terdiri daripada
serbuk prebiotik turut meningkatkan kadar pembiakan bakteria baik yang membantu
menyeimbangi kesihatan kulit.
Sementara
kandungan hyaluronic acid dan prebiotic hydrating sugars berfungsi
sebagai agen melembut dan melembapkan kulit secara semulajadi.
Murad
Prebiotic 4-in-1 Multicleanser sesuai digunakan terus pada permukaan kulit yang
kering dengan cara gosokkan rata di seluruh muka dan mata secara
perlahan-lahan. Teruskan menggosok dengan menggunakan tangan yang lembap. Kulit
anda akan serta-merta kelihatan sihat, lembut dan segar apabila disentuh.
NIGHT FIX
ENZYME TREATMENT, Bangun Dengan Wajah Muda Setiap Hari
Kajian
menunjukkan bahawa kunci utama kepada penampilan kulit kelihatan muda adalah
melalui tidur yang optimum atau mencukupi. Mereka yang mengamalkan tidur yang
mencukupi serta tidak mudah rasa mengantuk kelihatan 2.5 lebih muda dari yang
lain.
Apabila
kita tidur di waktu malam, didapati tubuh sedang melakukan kerja-kerja baik
pulih (dalam keadaan mitosis) di mana pada ketika itu sel yang telah rosak dan
musnah diperbaharui atau dibaik pulih. Proses magis ini berlaku ketika pukul 11
sehingga ke tengah malam. Pada ketika ini sel memerlukan dan menyerap nutrient
paling banyak. Oleh itu, anda perlu sedia bekal dan keperluan secukupnya untuk
membolehkan permukaan kulit menyerap segala keperluan.
Memahami
akan kepentingan tidur yang optimum memberi kesan kepada kesihatan kulit, Murad
menzahirkan produk khas yang diberi nama NIGHT FIX ENZYME TREATMENT yang
membantu proses baik pulih kulit menjelang tengah malam.
Tambahan,
satu kajian yang dilakukan turut mendapati kulit akan kehilangan air lebih
cepat di waktu malam.
Oleh
itu, Murad menggabungkan beberapa bahan untuk menghasilkan produk bagi membantu
kulit mengekalkan kelembapan, melindungi hidrasi kulit di waktu malam sementara
membantu baik pulih kulit secara semula jadi. Sebagai hasilnya, anda akan
dapati garisan kedut pada wajah dapat dikurangkan, kulit kelihatan segar dan
sihat serta berseri-seri.
Inovasi
luar biasa yang tercipta menjadi rejim lengkap penjagaan kulit (proses 3
langkah tradisional Murad).
Rawatan
Chronopeptide yang terdapat di dalam
formula harmoni dan menyatu dengan irama circadian
yang terdapat di dalam tubuh secara semulajadi. Sementara itu, formula Tri-enzyme yang dihasilkan berupaya
menyingkir alga mikro merah dan hijau yang secara tidak langsung membentuk 3
kandungan enzim yang kuat bagi melindungi anti oksidan dan ditoksifikasi bagi
mengurangkan kadar Tanda-tanda penuaan pramatang seperti kehilangan keanjalan,
garis dan kedutan kulit.
Akhirnya,
teknologi aroma patent-pending yang menggabungkan
sains tidur dengan terapi bau telah ditunjukkan teruji secara klinikal berjaya
meningkatkan kualiti tidur secara tidak langsung. Terapi aroma yang disediakan
memberi peluang kepada minda dan deria lainnya berihat sepenuhnya. Hasilnya,
penampilan kulit kelihatan lebih sihat apabila bangkit dari tidur yang lena.
Untuk
maklumat lanjut, layari:
Website: http://www.Murad.com.my.
Instagram: https://www.instagram.com/MuradMalaysia
0 Comments