Ya Allah….tak habis-habis lagi rupanya cerita berjimbaan ke Langkawi pada hujung September 2018 ni. Harap-harapnya sebelum Ramadhan menjengah lebih kurang 30 hari lagi ni, siap la hendaknya cerita Langkawi ni hehehehehehhe.

Selepas breakfast, kitaorang menghabiskan masa dengan berjimbaan di Pantai Cenang, melayankan kiddos mandi laut walaupun di kala panaih lit-lit.
Pantai kat mana-mana pun tak pernah tak cantik kan
My Backstreet Boys
Lepas tuh kitaorang ke Seashells @ Laman Padi untuk lunch konon-kononnya tapi tempat tuh ditutup untuk orang yang walk in pada hari tersebut sebab dah ada private function. Makanya tak dapat la nak lunch di pondok mengadap sawah padi gittew. Siapa yang berhajat nak lunch kat sini better booking awal dan check ada private function ke tak. Kalau tak terkilan la hati datang jauh-jauh tapi tak dapat lunch kat situ.
Kitaorang makan waffle di My French Factory yang terletak di bangunan bersebelahan dengan Cenang Mall.
Lepas check out terus je la kitaorang pergi ke MARDI Agricultural Park dan menghabiskan masa lebih kurang 2 jam kat sini. Sakan kitaorang makan buah-buahan kat sini.
Seterusnya kitaorang terus check in di Primrose Sea View yang terletak di Pantai Tanjung Rhu.
Sementara buong merehatkan diri, den melayan kiddos mandi laut kat pantai yang terletak sepelaung (tak sampai seminit) daripada chalet kitaorang sampai la sunset.
Hari keempat di Langkawi diakhiri dengan dinner di kedai yang terdekat sekali dengan chalet iaitu Anneq Hot sebab kitaorang dah tak terlarat nak bergerak jauh-jauh hehehehehe. Kedai kampung sempoi habis tapi udang celup tepung dengan harga RM 8 sepinggan tuh sangat marvelous.

3 Comments

  1. kat Langkawi ni best jalan2.. tapi tula tah tahan part panas terik tu..

    ReplyDelete
  2. kat Langkawi ni best jalan2.. tapi tula tah tahan part panas terik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn memang rentung kulit muka bila tak pakai sunblock ni

      Delete