Dunia Tanpa Tembok II oleh A.R.W
“Kita boleh hidup aman damai, main Tik Tok, muat naik gambar makanan dan
melancong di Instagram kerana kita hidup dalam persekitaran yang aman. Nikmat
sebegini boleh hilang dalam sekelip mata kalau kerajaan tidak pandai mengurus
konflik antarabangsa”.
Perenggan pertama di
bahagian Prakata di dalam buku ni dah buat jantung den ala-ala tercopot.
Sentapan di hati lepas membaca perenggan berkenaan menyebabkan den menghabiskan
pembacaan buku 282 mukasurat ni dalam masa 3 jam (buku Dunia Tanpa Tembok
pertama den habiskan dalam masa 3 hari) pada 3 Mac lepas masa tunggu kiddos main kat indoor playground di Tesco.
Dah sebulan baca baru la
nak review ye hehehehehheehe.
Buku ini merupakan antara
buku yang memang den sangat tertunggu-tunggu selepas den baca buku Dunia Tanpa
Tembok pertama pada tahun 2017.
Dunia Tanpa Tembok II bagi
den adalah lebih heavy daripada buku Dunia Tanpa Tembok pertama sebab ianya
lebih memfokus kepada Orde Antarabangsa yang berlaku pada tahun 2018 menggunakan
tiga kunci ilmu geopolitik iaitu kuasa,
geografi dan identiti.
Den nih kan walaupun udah tua tapi memang masih tidak
secocok pembacaan serius dan ilmiah sebab pelbagai factor (malas + sel-sel otak
dah kurang berhubung + den blur + tak berminat, etc).
But still den rasa buku ni
thorbaekkk sebab penerangan dan ulasan tentang hubungan antarabangsa (international relations) digarap dengan
bahasa yang mudah dan boleh difahami walaupun topik yang diceritakan adalah
serious.
Dah tentunya ada banyak juga
perkataan yang den baru pertama kali jumpa macam liberal internationalism, Caesarism,
détente, heartland, four freedoms,
etc.
Memang lebih 90% ulasan di dalam
buku ni den tak pernah tau pun. Antaranya:
1. den pernah baca/tau tentang 3
orang pemimpin strongman tetapi tak
pernah tau tentang strongman keempat
iaitu Viktor Orban, Perdana Menteri Hungary. Siapa lagi 3 orang strongman tuh
korang google sendiri atau nak senang beli dan baca buku ni k hehehehhehe;
2. kenapa wujud pakatan
Habsburg-Safawiyyah menentang Perancis-Turki;
3. banyak betul jenis perang yang
pernah berlaku dalam dunia yang den tak pernah tau pun kewujudannya macam
Perang Tiga Puluh Tahun, Perang Tujuh Tahun (sehingga mencetuskan Revolusi
Perancis pada 1789), Perang Enam Hari 1967 (Israel menang menentang pakatan
Mesir-Syria-Jordan);
4. NATO mungkin kita pernah dengar
tapi tau tak tentang CENTO dan SEATO?;
5. apa itu Pax Americana, Pax Sinica
dan Pax Brittanica?;
6. apa beza prinsip liberal internationalist, neo-isolasionist dan realist?;
7. Sistem Bretton Woods tuh ape wei?
Apa kaitannya dengan kestabilan ekonomi dan autonomi?;
8. cubaan penguasaan laluan
perdagangan melalui One Belt, One Road atau Silk Road Economic Belt atau The Twenty First Century Maritime Silk Road yang dilaksanakan oleh
China;
9. pemanasan global yang menyebabkan
ais batu mencair di Kutub Utara menyebabkan wujudnya laluan yang boleh dilayari
yang mana China tengah aim untuk dijadikan sebagai Artic Silk Road. Negara mana lagi yang akan mendapat manfaat dari Artic Silk Road? Negara jiran Malaysia
yang mana yang dah sertai Artic Council
dan menjual kapal pemecah ais? Kena baca sendiri la buku ni ye hehehehehehe;
10. kenapa isu Xinjiang dikatakan
sebagai hidup dan mati serta tidak boleh dirunding bagi China?;
11. kenapa Rusia tidak mempunyai
pelabuhan air suam (warm water port)
dan apa pentingnya spesies pelabuhan macam ni?
12. tujuan penubuhan Inner Six dan Outer Seven;
13. kenapa wujudnya sentiment
anti-imigran?;
14. apa yang menyebabkan sesetengah
Negara dan situasi memerlukan kepada necessary
evil atau dictator;
15. kisah yang tidak berkesudahan sehingga
kini iaitu Israel dan Palestin yang dikupas daripada sudut geopolitik.
Cukuplah 15 points yang den nak highlightkan
daripada buku ni yang memang den tak pernah tau pun selama ni.
Banyak lagi yang diceritakan di
dalam buku nih. Den cuma petik sekupang dua je isinya.
Bila den baca buku ni, den dok
terfikir macam mana la Malaysia ni gamaknya ye? Negara lain termasuk negara
jiran yang kita kata kurang maju daripada kita dah membuat perancangan jangka
masa panjang yang terkedepan bagi menjamin kesinambungan dan kemandirian Negara
mereka. Yang Malaysia ni asyik la dok bergaduh dan mengadu domba pasal politik
tak habis-habis. Haish….jangan terpleot sudah la Malaysia ni. Esoknya yang
menanggung akibat kalau tersalah percaturan rakyat jelata la juganya.
Membaca buku ni mengingatkan den
kepada sebuah buku terjemahan bertajuk ‘Bidak-Bidak di Papan Catur’ yang
merupakan assignment bagi subjek Tamadun Islam pada zaman den belajar di UKM 20
tahun dulu (OMG…I am so old huhuhuhu).
Den suka buku nih, berilmiah tetapi
tidak memeningkan otak untuk memahaminya.
But still den rasa Dunia Tanpa
Tembok yang pertama lebih terlekat pada jiwa den sebab ada pelbagai cerita di
dalam tuh yang tidak terlalu memfokus kepada kisah Orde Antarabangsa terkini terutamanya Amerika
dan China.
Buku ni merupakan buku laku keras di booth
The Patriots di PBAKL 2019 sampai kena ulang cetak tau. So cepat-cepat dapatkan
buku ni k.
Dunia Tanpa Tembok II juga telah
menerima Anugerah Buku Negara 2019: Kategori Buku Umum Popular (Geopolitik) di
PBAKL 2019.
Ulasan den tentang
buku Dunia Tanpa Tembok yang pertama kat SINI ye.
2 Comments
sesuai utk pelajar sains politik. bape harganya?
ReplyDeleteHarga biasa RM 28 tapi di PBAKL RM 20. Boleh juga beli online di FB The Patriots
Delete