Decathlon Shah Alam
Walaupun Decathlon di Shah
Alam ni dah wujud boleh tahan lamanya tapi tak pernah tergerak nak jejak kaki
kat sini pun walaupun lokasinya sepelaung je dari ofis dan rumah.
Sebelum trip ke Koh Lipe
pada awal March lepas, den dan member den berkunjung la ke sini sebab kitaorang
nak cari beg yang water proof.
Sungguh tidak kusangka,
tidak kuduga yang Decathlon nih mempunyai saka atau hantu raya yang lebih
kurang sama dengan Mr DIY yang mana akan menyebabkan kita terbeli barang yang
tak masuk di dalam senarai sebab semuanya comel-comel belaka. Haishhhh.
Saka versi sukan, aktiviti
lasak dan outdoor ni boleh menyebabkan kita tiba-tiba terasa nak camping
membuak-buak walaupun selama ni tak pernah camping sebab ternampak khemah yang
pelbagai warna, sleeping bag, etc yang berwarna warni.
Walaupun den bukan sport
person tapi tersambar juga la seketul dua barang yang tidak dirancang untuk
dibeli pun.
Kepada semua peminat tegar
sukan dan acara lasak serta seumpama dengannya, this is your heaven okay.
Macam-macam ada kat sini.
Serious rambang mata tengok pelbagai jenis segala macam benda yang dijual kat
sini. Den tak lalu nak senaraikan semua barang yang ada kat sini. Even gambar
pun den ambil sekupang dua je. Tapi memang totally worth it to visit here.
Harga in sya Allah ada yang
mampu milik. Dah la dua tingkat kedainya ni. Memang sakan berjalan cuci mata.
Yang bestnya kat Decathlon
ni juga ada menyediakan ruang untuk budak-budak bermain macam kawasan untuk wall/rock
climbing, skuter, pingpong, etc. In sya Allah next time nak bawa kiddos
berjimbaan kat sini.
Rupa-rupanya ada aktiviti fitness
macam yoga, combat, zumba, etc bagai kat sini yang dibuat mengikut jadual yang
telah ditetapkan.
Kalau tersinggah ke Shah
Alam, wajib jenguk kat sini k.
6 Comments
Sy singgah ms mula2 buka ritu.. tapi tak perasan pulak ada sudut permainan budak2 plus class fitness bagai tu.. mungkin sebab nak cepat time tu kot... tapi memang best beli barang kat situ.. seb baik time sy pergi tu belum gaji, so memang cuti mata ajelah, xsempat nak cucu poket.. hahahhaha..
ReplyDeleteIn sya Allah moh kita sama-sama berdoa agar ada rezeki extra gaji bulan 4 nih hehehehehehe. Masa tuh boleh shopping sakan di sini.
DeleteMemang saka..hahaha. Selalu husband yang ajak tp bila time nk bayar, dia xde membeli pun coz adakala tak berkenan. Tup2 I yang penuh satu beg..
ReplyDeleteKannn berhantu macam Mr DIY sebab banyak barang. Tak sangka sport stuff pun comel-comel
Deletea ah lew. macam banyak benda menarik2. kalo spesis CT mungkin suka tengok bab2 basikal2 tu.. swimming attire sukala =D
ReplyDeleteSila jangan bawa duit terlebih kat sini sebab kalau tak nanti termenyesal dan confuse kenapa boleh terbeli barang yang takde dalam senarai hheheheheheh
Delete