Rezeki ni memang datang dalam pelbagai bentuk dan cara kan?
Hari Sabtu, 6 April lepas (semalam) den bertuah sangat sebab dapat joint program Blooming With Illy 3.0 di Hilton Garden Inn Puchong.  Under The Sea High Tea Bersama Illy Ariffin ni memang happening sangat.
Den ni dah la baru berjinak-jinak dengan dunia blogging ni ha. So bila ada peluang berjumpa dengan ramai bloggers yang dah berkecimpung lama dalam arena blogging dan mempunyai followers yang tersendiri, memang la den tongue tight dan blur-blur.
Semua yang sporting dan welcoming. Credit gambar kepada host event iaitu Illy Ariffin
Tapi Alhamdulillah semua bloggers yang hadir ke high tea tuh sporting dan ramah tamah sangat. Illy Ariffin sweet dan humble sangat, buat den rasa dialu-alukan sangat ke majlis tuh.
Another sweet photo from Illy Ariffin
Dekorasi meja dengan tema Under The Sea oleh Illy dan suaminya ohsem sangat k. Memang terasa macam berada di dasar laut siap dengan kulit kerangnya, batuan membiru, pasir laut, etc. Kreatif dan rajin naw depa ni. Both of them really put their heart into the decoration. Terkesima den. Dah boleh buat part time party planner dah korang ni.
Makanan high tea yang disediakan oleh Hilton Garden Inn Puchong (salah satu sponsor bagi event ni) memang la sedap mata memandang dan sedap rasa di tekak. Ada waffle, kek, sandwiches, etc yang disusun cantik di atas piring bertingkat. Memang marvellous. Memang toksah dikira kalori la kalau ke sini gitu hehehehehe.
Masa Illy minta setiap orang yang hadir berkongsi 2 tips kecantikan, terus dalam kepala den ‘alamak mati la den. Den ni pakai bedak pun terpleot, nak cakap apa pasal tips make up apa ni. Ahhh sudah mampuih den’. Serious macam tuh la den fikir.
Very inspiring lady
So bila Illy minta den kongsi tips, den hanya mampu berkongsi maklumat tentang kepentingan memelihara sumber air terutamanya sungai. Siap bagitau pasal bekalan air di Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah dari empangan di Selangor lagi. Mode gomen habis bila terpanik ni. Adoiii la.
Orang cerita pasal beauty tips, dah kenapa tetiber den bagi fakta ilmiah nak matey plak kan. Terkeluar dari topik sungguh tapi den bernasib baik semua yang hadir sporting belaka.
Mujur la den tak cerita pasal kelip-kelip Kampung Kuantan ke ape huhuhuhuhu. Ampun ye Illy. Newbie blogger macam KSarie yang introvert ni memang fail bab sharing information ni huhuhuhu.
But still I learned a lot of beauty tips shared by Illy and other bloggers.
Sambil makan, berkongsi cerita lagi sesama bloggers yang hadir pasal isu semasa, parenting, bergambar, etc.
Tapi disebabkan den ni memang introvert nya tuh kuat sangat, terasa segan nak bergambar dengan bloggers otai semua ni. In sya Allah kalau ada rezeki nak joint lagi event anjuran Illy (Illy jangan serik ajak KSarie tau), den cuba mengambil gambar dengan bersungguh-sungguh ye.
Bersama Illy Ariffin yang sweet, cheerful dan down to earth sangat
I am definitely giddy about the goodies Illy gave us. Bak kata Illy, goodies for head to toe pampering.

Terima kasih kepada semua sponsors yang memberi sumbangan.
1. Mini Weekend Wellness Kit daripada Tanamera (Himalayan Rock Salt, Spa Surya Uplifting, Body Wash, Body Moisturizer dan Massage Oil);
2. Kit daripada Palmer’s, Guardian (body lotion, conditioning shampoo, repairing conditioner, facial scrub, facial moisturizer dan facial oil);
3. 3 masks daripada Kocostar, Guardian (pineapple, strawberry dan aloe);
4. Kit daripada Catrice Cosmetics, Guardian (Creatrice Creamy Mat Lip Pallete, Spectra Light Eyeshadow Glow Kit,  Prisma Crome Lipstick, Dewy Wetlook Stick, Lashes To Kill Pro dan Spectra Light Nail Lacquer). Set ni kalau nak buat hantaran bertunang pun comel sangat; 
5. Breena Blending Pearl (Latex Freesoft Make Up Sponge); dan
6. dah tentu tak dilupakan Hotel Hilton Garden Inn Puchong yang sudi menyediakan tempat gathering yang ohsem.
Nanti bila den dah guna semua barang-barang untuk memanjakan diri daripada hujung rambut ke hujung kaki ni, in sya Allah den cerita nanti ye.
So memang rezeki kan dapat jumpa dan berkenalan dengan kawan-kawan baru, berkongsi cerita (walaupun info den terkeluar dari topik hehehhehe), jumpa anak-anak yang macam-macam keletah, dapat makan desserts yang sedap di hotel yang best dan dapat goodies. Alhamdulillah.
Kalau tengok blog Illy di https://www.illyariffin.com/
kita dapat tengok motto atau visi Illy adalah nak sebarkan lebih banyak harapan, kasih sayang dan kebahagiaan.

In sya Allah den pun nak bersama-sama mencuba to spread the hope, love and happiness seperti bak kata Andy Dufresne di dalam Shawshank Redemption (one of my favourite movie), “hope is a good thing, maybe the best of things, and no good thing ever dies”.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa Blooming With Illy 3.0? Sebab dah ada Blooming With Illy 1.0 dan 2.0 yang den tak tau pun huhuhuhuhu. In sya Allah hopefully ada rezeki nak joint event Blooming With Illy yang seterusnya.
PS1 thanks lots tau Illy sebab sudi invite KSarie.

PS2 Illy…if you asked us to sing any song related to under the sea theme yesterday, I’ll definitely gonna win hands down because I know Under The Sea song by The Little Mermaid (Ariel, Sebastian and Flounder) like literally by the heart heheheeehe.

2 Comments

  1. Salam Ksarie! Terharu nyer baca, terima kasih sudi datang haritu. First time jumpa Ksarie tapi rasa macam dah kenal lama, you have a very nice warm vibe :) next time punya event minta ksarie sudi sumbangkan lagu hehehehehe boleh ke? hahahaha gurau jer. Take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dear sweet Illy. Thanks to you sebab sudi invite ksarie. In sya Allah boleh je nyanyi tapi nanti takut semua guests pitam plak hehehehehehe. Ada rezeki kita jumpa lagi ye. Take care k

      Delete