Berkelah di Taman Tasik Shah Alam
Den dah pernah bawa kiddos
ke Taman Tasik Shah Alam beberapa kali tapi first time berkelah kat sini
walaupun dah menetap di Shah Alam lebih 17 tahun.
Dah berangan-angan nak
pindah ke tempat lain baru la terdetik hati nak berkelah kat sini. Kalau tak
buat dek je sebab take for granted yang Taman Tasik Shah Alam akan setia
menunggu, dekat je pun dengan ofis camtuh la.
Makanya Ahad lepas gigih la
ye lepas subuh den masak bekal untuk dibawa berkelah tuh ha. Padahal masak nasi
goreng je dan cucur bawang je pun hehehehehe. Boleh je la nak tapau je nasi
lemak atau apa-apa kat kedai yang ada bawah rumah tuh ha tapi tuh la, teringin
nak makan nasi goreng cili kering tuh yang sebenarnya tuh.
Den siap cilok kanvas buong
sebab tak jumpa tikar.
Bila sampai je kat Taman
Tasik Shah Alam dalam pukul 8.15 am, ada pula bench dan meja yang kosong.
Makanya berkelah kat situ je la tanpa menghamparkan kanvas di tepi tasik. Elok
la juga kan kalau tak buruk bebeno la berkelah dengan kanvas tuh ha. Tak
hipster sungguh.
Tapi tuh la di kala den
sakan dok makan nasi goreng cili kering sambil memantau budak-budak main, rasa
macam terpleot plak sebab berenyut-renyut manusia dok berjogging di kawasan
tasik ni. Rajin sungguh depa bersenam.
Taman Tasik Shah Alam ada
Jambatan Kanopi la. Nih antara pembaharuan yang ada di sini selepas Taman Tasik
ni ditutup untuk seberapa ketika bagi kerja-kerja menaiktaraf dan tambahbaik.
Dah makin cantik Taman Tasik Shah Alam ni k. Ada mini menara tinjau. Tandas pun
baru. Surau pun molek kedudukan dekat dengan kawasan playground. Ada jalan raya
kecil untuk kanak-kanak naik basikal dan skuter yang siap dengan lampu isyarat
bagai.
Den paling suka Jambatan
Kanopi ni. 2 kali den dan kiddos naik jambatan ni.
Masa nak naik Jambatan
Kanopi tuh, anak-anak den seiya sekata: "Mama jangan naik dulu tau
jambatan, bagi kitaorang lalu dulu. Mama kan berat, nanti jambatan ni putus
kalau mama naik sekali dengan kitaorang".
Nasib baik mama korang
bukan hati tisu k. Kalau tak sure mama dah cari Batu Belah Batu Bertangkup.
Siap ada gelongsor kat jambatan kanopi ni ye |
Berjaya heret kiddos pusing
Taman Tasik ni sekali tapi bagai nak pengsan rasanya padahal jalan perlahan-lahan
je pun.
Di menara tinjau |
View dari menara tinjau |
Budak pakai seluar terbalik dalam misi mencari kura-kura |
Cantik reflection ni |
Budak banyak akal dah tak larat nak berjalan hehehehhehee |
Sesi berkenalan bersama tebuan |
Siap singgah ke PKNS sekejap
sebab upahkan budak-budak mainan sebab menemankan mama berjalan-jalan mengambil
angin.
Dari PKNS tuh hampir-hampir
nak naik grab balik ke Taman Tasik sebab macam tak larat menapak tapi
dipaksakan juga.
Akhirnya sampai juga menapak
sehingga sampai semula ke tempat makanan ditinggalkan.
In sya Allah sebelum
kitaorang saying goodbye to Shah Alam, den akan cuba datang ke sini bersama
kiddos selarat yang mungkin tapi dah malas la kot nak bawa food sebab
budak-budak ni bukan nak makan sangat pun, sibuk naw mainnya. Next time kita
beli je food yang ada dijual kat kawasan ni.
Kalau
korang berjalan-jalan di Shah Alam, make sure singgah ke Taman Tasik nih ye.
Paling kurang naik Jambatan Kanopi tuh k.
0 Comments