Eh dah April rupanya? Sekejap je kan masa ni? 

Tinggal lebih kurang 35 hari nak masuk Ramadhan. Puasa ganti dah settle ke ladies? Hehehehehe mentang-mentang la den akhirnya berjaya menggantikan semua puasa setelah hampir 8 tahun dok kantoi, tiba-tiba terjadi ‘tangki riak’ pula ye. Nasihat den kepada mereka yang masih belum ganti puasa, it’s okay, take your time, ganti sikit-sikit mana yang mampu k.

So what are in store this April yar?

1. Bagi peminat buku, Pesta Buku Kuala Lumpur 2019 ada berbaki lagi 7 hari ye yang mana ia akan berakhir pada 7 April 2019 ni. Den dah pergi sana pada hari pertama, 29 Mac 2019. Memang best sebab banyak buku yang ditawarkan dengan harga diskaun. Moh kita ke sana ye.

2. In sya Allah Seminar Keibubapaan Rahmah: Bicara Terbuka Anak Terpelihara yang akan dianjurkan oleh Wanita IKRAM Shah Alam pada 6 April 2019 (Sabtu) bertempat di Hotel De Palma Shah Alam ni. Kepada siapa yang berminat dan masih belum mendaftar, boleh contact PIC kot masih ada tempat kosong ye.

3. In sya Allah 13 April ni, kalau tiada aral melintang, den akan pergi tengok Konsert Ed Sheeran. Setakat hari ni takde sebuah lagu Ed Sheeran pun yang den hafal hehehehehhehehe. Gasak je la ye. 

4. Tak sabar nak tengok Avengers End Game. 

5. Sure bulan ni sakan orang bagi sample kuih untuk dirasa bagi tempahan kuih raya kan hehehhehehehehe. Dulu-dulu den memang rajin beli kuih raya segala macam. 5 tahun lepas ni, den cuma beli kuih yang den betul-betul makan je.

Ada macam-macam cerita nak buat bulan April ni.

Lets all have a awesome April yar.

2 Comments

  1. ahahaha no 3 tu.. adeh. macam mana jadi lagu tu ? minat ke idok Ed Sheeran ?
    dan lagi ni.. lagu2 hits dia pi hafal. nnt camera zoom boleh nyanyi dgn yakin =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehheheeh itu la makanya kan. Minat biasa-biasa je tapi gedik plak pi beli tiket konsertnya tuh. Nak cuba hafal lagu-lagu dia dalam tempoh 10 hari ni ha kalau tersempat hehehehehehhe

      Delete