Seminar Keibubapaan Rahmah: Bicara Terbuka Anak Terpelihara, 6 April 2019 (Sabtu), Hotel De Palma Shah Alam, 8.30 Pagi - 1.00 Petang (Program Selari: Kanak-Kanak, Sentuhan Selamat) Anjuran Wanita IKRAM Shah Alam
Dunia serba mencabar pada
zaman sekarang ni memang agak menggerunkan ibu bapa sekarang tak kisah la
anak-anak masih baby atau dah besar panjang pun.
Kalau baca social media
atau dengar berita, kadang-kadang tuh tak tau nak fikir apa sebab macam haru
biru nau masyarakat sekarang ni dengan kes pencabulan, gangguan seksual, rogol,
dera, etc.
Yang paling tragis kalau pelakunya
melibatkan orang yang terdekat dengan kita.
So bila den tertau tentang Seminar
Keibubapaan Rahmah: Bicara Terbuka Anak Terpelihara yang akan dianjurkan oleh Wanita
IKRAM Shah Alam pada 6 April 2019 (Sabtu) bertempat di Hotel De Palma Shah Alam
ni, den rasa terpanggil nak share sebab den rasa perkongsian yang ilmiah macam
ni wajar diwar-warkan memandangkan ianya menyediakan sekali program untuk anak-anak
dengan kos yang sangat minima.
Program yang akan
berlangsung setengah hari iaitu dari 8.30
pagi - 1.00 petang ini hanya mengenakan yuran sebanyak RM 20 bagi setiap
individu yang ingin hadir. Kalau ayah dan ibu hadir, maknanya RM 20 x 2 orang
ye. Murah sangat dah bagi den yuran ni sebab RM 20 ni termasuk juga dengan
minum pagi dan makan tengahari.
Kalau mendaftar sebelum 20
Mac 2019 (Rabu) iaitu lagi 2 hari yang dikatakan sebagai early birds, yuran
adalah RM15 seorang.
Nak murah lagi? In sya
Allah boleh dengan syarat mendaftar secara berkumpulan dengan bilangan ahli
dalam 5 hingga 10 orang. Kalau mendaftar in group akan dapat harga RM 10 setiap
seorang.
Allahu…RM 10 untuk majlis
ilmu siap makan minum di hotel selesa, murah sangat dah kot ye.
Semasa ibu bapa mendengar
seminar tersebut, anak-anak berumur 5 – 9 tahun boleh menyertai Program Selari: Kanak-Kanak, Sentuhan
Selamat dengan bayaran RM 10 bagi setiap kanak-kanak. Satu keluarga boleh
menghantar maksima dua (2) orang anak-anak untuk menyertai program ini. Yuran
juga termasuk minum pagi dan makan tengahari.
So untuk simplify
maklumat-maklumat berkaitan seminar ini:
PROGRAM APA: Seminar Keibubapaan Rahmah: Bicara Terbuka
Anak Terpelihara.
PENGANJUR: Wanita IKRAM Shah Alam.
BILA (TARIKH): 6 April 2019 (Sabtu)
DI MANA (TEMPAT): Hotel De Palma Shah Alam, Selangor.
MASA: 8.30
pagi - 1.00 petang
BERAPA KENA BAYAR:
RM 20/seorang
RM15/seorang jika mendaftar
sebelum 20 Mac 2019
RM10/seorang jika mendaftar
dalam kumpulan (5 - 10 orang)
MACAM MANA NAK DAFTAR:
Link pendaftaran: bit.ly/SKR19. Kalau tak dapat capaian
through blog den ni, boleh gunakan link pendaftaran yang terdapat di Facebook
Wanita IKRAM Shah Alam ye
SINI
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 3 APRIL 2019 (RABU)
NAK CONTACT SIAPA KALAU ADA SOALAN:
Cik Mahfuzah (019-2240942)
Puan Noreza (016-6602542)
PROGRAM APA UNTUK KANAK-KANAK: Kanak-Kanak, Sentuhan Selamat.
UMUR ANAK BERAPA BOLEH JOINT : 5 - 9 TAHUN
BERAPA KENA BAYAR : RM 10/seorang kanak-kanak (maksima 2 orang anak untuk 1 keluarga ye)
Camni la rupa borang yang kita kena daftar melalui link tuh ye. |
So kepada semua ibu bapa
terutamanya yang bermastautin di Shah Alam, jangan melepaskan peluang keemasan
untuk mendengar seminar yang akan membariskan tiga orang panel yang akan
memberikan input tentang bagaimana usaha-usaha yang ibu bapa boleh lakukan bagi
memastikan anak-anak kita semua terpelihara dari pelbagai anasir negatif, etc.
Nih bukan sponsored post ye
tapi bak kata den, benda yang baik-baik elok bangat kita war-warkan k.
In sya Allah den akan joint
seminar ni dengan 2 orang buah hati ketipang payung den tuh. Den dah selesai
mendaftar bersama ibu-ibu di apartment den menetap.
Kalau ada apa-apa nak tanya
pasal seminar tuh, sila berhubung dengan Cik Mahfuzah (019-2240942) atau Puan
Noreza (016-6602542) ye.
PS:
Den rasa ni tajuk post den yang paling panjang berjela sepanjang den blogging
ni hehehehehehe.
0 Comments