Nest Rooftop Café Langkawi
Malam yang kitaorang menginap di kawasan Pantai Cenang tuh,
kitaorang dinner kat Nest Rooftop Café yang bila
dibaca reviews nya, banyak yang cakap tempat ni memang best dan makanan dia
best.
Nest Rooftop Café nih
terletak di tingkat 5 bangunan Royal Agate Beach Resort
(bersebelahan Cenang Mall).
Disebabkan kitaorang naik skuter, memang senang la nak menyelit
letak motor.
Nest Rooftop Café nih
terkenal sebab kita boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan sama ada
di kala matahari terbit atau matahari terbenam. Even waktu beroperasi dia pun
hanya pada dua masa ni je.
Tempat makan dia sempoi,
lebih kepada santai dan untuk melepak-lepak sambil tengok pemandangan.
Mujur takde adegan air tertumpah atau food tergolek ke masa makan hehehehehe |
Masa kitaorang datang tuh
dah ramai orang, so kitaorang duduk je la kat tempat yang available. Tak dapat
la duduk di tempat yang betul-betul mengadap pantai tuh.
Makanan western yang nampak menarik untuk dicuba
kat sini. Harga setiap jenis makanan adalah di bawah RM 35.
Rasanya biasa-biasa je. Serious biasa-biasa je
untuk tekak den dan buong.
Killer point restaurant ni of course the
breathtaking view of the sunset. Memang cantik la tapi sunset kat celah mana
pun biasanya cantik je pun kan hehehehehehee.
Pada hari-hari tertentu ada DJ dan juga moonlight
movies ditayangkan.
Walaupun restoran ni tidak menyajikan alkohol tapi
masa kitaorang pergi tuh macam berdebar la juganya sebab chef nya penuh bertatu
(masa dah nak balik baru perasan) dan pekerjanya semua omputih. Tak tau la
kitaorang tersalah mata memandang atau ada je pekerja Muslim tapi den tak
perasan.
So terpulang pada kita la macam mana ye. Memang
ramai je pun orang Melayu makan kat sini masa kitaorang pergi tuh. Kalau kawan
den yang tahfiz tuh, memang dia tak akan makan kat tempat macam ni.
Still kalau ada sesiapa yang berhajat nak menjamu selera kat sini,
detailsnya kat bawah ni ye:
Waktu Operasi: 7 pagi - 11.30 pagi, 5.30 petang - 11 malam
(Selasa - Ahad)
Isnin: 7 pagi - 11.30 pagi
2 Comments
subhanallah cantik sangat view sunset. lama da x enjoy view cemtu.. memang kena pegi awal kan kat situ.. x sampai gi tapi dok tengok orang share. crowded kalo lambat.. rasanya makanan western ni mana2 selalu biasa je.. tapi oklah kan. tibai jela makan.
ReplyDeleteKalau nak spot yang betul-betul eating with the view tuh memang la kena datang sebelum pukul 6 petang lagi sebab orang ramai dok aim nak chup situ je
ReplyDelete