Langkawi Day 3 - Sky Cab - 3D Art - Oriental Village - Sweet Inn Motel Pantai Cenang - Nest Rooftop Café
Lepas breakfast bagi kiddos
mandi pool dulu sebelum kitaorang check out awal dan bergerak ke Sky Cab di
mana kitaorang ambil tiket kombo cable car + 3D Art Muzium.
Budak-budak tak excited
sangat pun naik Sky Cab. Hampeh sungguh. Diaorang cuma dok cakap ‘tingginya
mama…’ tuh je la pun huhuhuhuhuhu.
Kitaorang tak naik Sky
Bridge pun sebab cuaca boleh tahan panas dan kitaorang kemalasan + ketakutan
kegayatan hehehehehehe. Rasanya next time kalau datang lagi Langkawi macam dah
tak datang ke sini kot sebab budak-budak tak enjoy pun. Udah la boleh tahan
harga tiketnya kan. Kalau kurang appreciation di situ macam kurang berbaloi la
untuk den.
Apa yang anak-anak suka kat
Oriental Village ni adalah naik keretapi pusing-pusing dan bagi makan ikan
dalam tasik yang ada. Anak-anak den memang aktiviti macam ni yang depa berkenan
dooh.
Naik sampai 2 kali keretapi ni |
Dah sakan beraktiviti
makanya kelaparan. Kitaorang lunch makanan arab yang restorannya terletak
sebelah tasik. Senang mama dan papa dapat menjamu selera dengan bertenang sebab
kiddos boleh sambung aktiviti bagi makan ikan kat sini pula.
Sambung bagi ikan makan kat sini plak |
Lepas dah kenyang perut baru
la ada tenaga nak menjelajah 3D Art Muzium tuh. 3D Art Muzium kat mana-mana pun
den rasa memang cantik untuk bergambar sakan. Kalau dengan anak-anak den ni,
tak sempat je nak cari angle yang sesuai nak berposing sebab depa dah sakan
meloncat sana sini.
Yang bestnya kat 3D Art
Muzium ni adalah pertunjukan 3D. Nih je yang mampu anak-anak den duduk senyap
sekejap.
Habis je aktiviti di
Oriental Village yang sampai ke petang la juganya kitaorang terus je la ke Sweet
Inn Motel Pantai Cenang untuk check in bagi agenda seterusnya.
Kitaorang sewa skuter kat Sweet
Inn Motel Pantai Cenang untuk memudahkan sesi berjimbaan di area Pantai Cenang
ni.
Lepas
tengok sunset dan dinner kitaorang sempat la beli baju ‘I Love Langkawi’ untuk
kiddos sebelum menamatkan hari ketiga di Langkawi dengan tidoq pengsan
kepenatan.
0 Comments