Berita baik untuk mereka yang ada sebarang akaun pelaburan dengan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) dan masih tidak membuat Hibah Amanah (pelabur Islam) dan Pengisytiharan Amanah (pelabur bukan Islam) sebab ASNB sedang membuat promosi potongan harga 50% untuk pendaftaran Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah bagi tempoh 15 Mac hingga 15 Mei 2019.

Daripada yuran asal RM 180 jadi RM 90 tau. Murah sangat dah ni.
Promosi pendaftaran Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah ni paling rendah sejak ianya diperkenalkan k. Sebelum ni yuran pendaftaran terendah yang pernah ditawarkan adalah RM 100.

Kalau korang terlepas pendaftaran Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah dalam tempoh 15 Mac hingga 15 Mei 2019 ni, korang still boleh je mendaftar lagi, no problemo tapi yuran pendaftarannya dah kembali ke harga asal la iaitu RM180.

Dah tuh kita pun tak tau la bila lagi ASNB akan membuat promosi potongan harga untuk pendaftaran Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah ni next time. 

Kalau ada buat promosi pun di masa akan datang, tak sure dapat lagi tak harga terlajak murah RM 90 ni.

So jommmm kengkawan kita membuat pendaftaran Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah sementara ada promosi thorbaekkk ni ye. 

Korang boleh mendapatkan borang pendaftaran di semua 30 Cawangan ASNB di seluruh negara atau muat turun di laman web ASNB www.asnb.com.my.

Kalau ada yang nak bertanya pasal Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah dan perkara yang berkaitan dengannya, boleh hubungi ASNB di:

Telefon: 03-20573000


Website: www.asnb.com.my

Nak lagi senang dan kalau berkelapangan, terus je pergi ke mana-mana cawangan ASNB yang terdekat k. Lebih jelas kalau nak tanya macam-macam soalan kalau face to face ni.

Berita baik macam nih memang wajar sangat diwar-warkan. Betul tak?

PS Kisah apa beza hibah ke wasiat ke itu kena cerita dalam entry kengdian-kengdian yang entah bila boleh dibuat atau korang baca la kat website yang berkaitan macam Amanah Raya, etc ye.

0 Comments