Anak Mat Lela Gila oleh Pak Sako
‘Kenapa
kaum Melayu dalam Tanah Semenanjung ini jadi miskin dah hidup merana, hina dan
diperhambakan orang?’
‘Sebabnya
ialah kita berpecah belah, tiada semuafakat, tidak bersatu hati dan tidak
berpanduan yang betul. Ada yang senang dan mewah tetapi lebih banyak yang
melara melarat menjadi bangsat. Adapun orang pada zaman dahulu kala, iaitu
nenek kita hidup mereka tidak begitu melayanikan satu perasaan, satu semangat,
satu hati dan sentiasa bermesyuarat mencari muslihat yang baik bagi keselamatan
ramai.’
Satu soalan dan jawapan di atas adalah intipati buku
Anak Mat Lela Gila karya Pak Sako ni.
Hebat sungguh firasat Pak Sako ni kan? Beliau telah
mengarang sebuah buku yang menceritakan tentang keadaan sekarang ini (zaman
millenia) pada tahun 1960 iaitu 3 tahun selepas Malaysia merdeka pada 1957
serta 59 tahun terdahulu daripada 2019 (tahun den berkesempatan membaca buku
ni).
Jawapan kepada persoalan di atas dengan tepat sekali
menggambarkan tentang bangsa Melayu di Malaysia pada hari ini. Yang jelas
sekali adalah di dalam arena politik. Even in the same party pun still tak
dapat bekerjasama dan berpecah belah, ada camp, etc. Let alone la different
party kan.
Isu semasa yang sedang hangat viral seperti the
earth is flat dan keperluan vaksin pun sebenarnya kita boleh ambil iktibar dari
buku ini sepertimana coretan Pak Sako.
Banyak nasihat dan ungkapan Pak Sako yang terdapat
di dalam buku ini sebenarnya masih terpakai pada zaman dunia tanpa sempadan
hari ini, khususnya dalam konteks kita, orang Muslim di Malaysia. Den coretkan
semula bingkisan daripada karya Pak Sako yang sememangnya kena kepada batang
hidup kita sendiri.
1. ‘bahkan
dunia yang amat besar itu pun mengikut kata orang-orang pandai, mengikut ilmu
alam atau geografi pun bulat juga’ (mukasurat 2). Ini of course la
berkaitan dengan viral isu bumi itu tidak bulat;
2. ‘itu
duit-duit not yang kompeni buat akan menyebabkan banyak orang hilang akal
langsung jadi gila-berkelahi di antara satu dengan lain adik-beradik, sekampung
dan seagama’ (mukasurat 14) dan ‘duit-duit
ini akan menyebabkan hidup di dalam dunia tidak nyaman, makanan pahit dan
menjadikan banyak orang jahat dan gila’ (mukasurat 15). Isu pergaduhan
berebut harta yang kita boleh baca di akhbar, scammers yang berleluasa (even
orang nak pergi umrah pun ditipunya hidup-hidup), skim cepat kaya yang
bermaharajalela, etc.
3. ‘akan
tetapi jaga baik-baik apabila engkau sudah besar pula peliharalah dia dengan
cermat. Dalam masa yang akan datang, benda ini akan menjadikan banyak orang
gila, susah, porak peranda dan miskin merana. Benda ini harus menimbulkan
macam-macam kacau bilau’ (mukasurat 23). ‘Benda’ yang dikisahkan oleh
Pak Sako ini adalah kemaluan. Betapa banyak kisah meruntun hati tentang kes
rogol, gangguan seksual, haruan makan anak, pedophile, seks bebas, LGBT,
pembuangan bayi, etc yang berlaku akibat tidak menjaga ‘benda’ ini yang
menyebabkan kerosakan dan kemusnahan individu dan masyarakat.
4. ‘orang-orang
di zaman akan datang akan gemar sekali bercakap-cakap pada perkara-perkara yang
mereka tidak tahu, merendahkan mutu orang lain, menghina dan mencela dengan
tidak usul periksa lebih dahulu dan dengan tidak bersebab apa-apa
(mukasurat 25). Ramai sangat yang bukan ahli bercakap tentang sesuatu
perkara. Contohnya tentang agama, vaksin, doula, etc.
5. ‘fitnah
sangat tajam, sangat bisa dan sangat kuat pengaruhnya’ (mukasurat 29). ‘Jangan membanyakkan hasad dengki, umpat keji
dan fitnah pesona kerana tidak membawa keselamatan dan kebahagiaan hidup’
(mukasurat 131). Lagi-lagi di zaman viral ni. Banyak sangat kot berita yang
tidak dapat dipastikan kesahihannya disebarkan secara berleluasa tanpa disemak
kebenaran faktanya. Kalau baca komen di FB tentang sesuatu isu pun boleh jatuh
ngeri.
6. ‘anak kita
ini sudah lewat tempohnya mesti bertanam cacar’ (mukasurat 50). Cerita
pada tahun 1960 pun dah cerita tentang kepentingan vaksin. Kenapa agaknya kita
yang sepatutnya lebih celik ilmu nak menentang vaksin?
7. ‘yang
sebenarnya kita ini bukan orang kaya, hanya seperti orang kaya, melebihkan gaya
dan berbelanja besar sebab hendak meniru orang kaya dan hendak merasa nikmat
dunia’ (mukasurat 96). Ada yang terjebak dengan lifestyle sebegini
lagi-lagi di social media sampai sanggup meminjam di sana sini.
8. ‘tetapi
ikan itu tidak mahu biak. Kerajaan sudah belanja berpuluh-puluh ribu ringgit
kerananya’ (mukasurat 109). Tak pasti kenapa bila den baca pasal ni den
terus je teringat tentang Projek Penternakan Ikan Sturgeon oleh FELDA yang
melibatkan kos RM47.6 juta pada tahun 2014. Kes ini masih dalam siasatan SPRM.
9. ‘orang kaya
juga yang akan bertambah-tambah kaya, orang miskin kongkong tulang’ (mukasurat
130). Sila baca Laporan Kanak-Kanak Pinggiran oleh UNICEF pada 2018 dan buku
Antara Dua Darjat Agihan Pendapatan di Malaysia oleh Dr Muhammed Abdul Khalid (atau
baca ringkasan bagi kedua-duanya di blog den hhehehehee).
10. ‘Di dalam
dunia ini siapakah yang tidak buta? Orang-orang alim itu buta kerana
kejahilannya, orang-orang cerdik itu buta kerana ia tidak nampak kebodohannya,
pencuri itu buta kerana mereka tidak ternampak akan Tuhan, etc’ (mukasurat
131). Ini ditujukan khas kepada ahli politik, penunggang agama dan mereka
seangkatan dengannya.
Cukuplah 10 peringatan atau nasihat Pak Sako di
dalam buku ini den coretkan di sini. Ada banyak lagi nasihat Pak Sako melalui
karyanya ini tetapi korang banyak sendiri la. Baru akan rasa lebih feel dan
sentap.
Bila baca buku yang membawa isu-isu berat secara
santai di usia 40 tahun ni pun menyebabkan dada rasa ketat dan sebak sebab
mengenangkan nasib generasi yang akan datang (including our children of
course). Macam mana la depa nak survive kan? Dapat ke kita sebagai parents
menyediakan foundation yang terbaik untuk diaorang fight for survival di bumi
sendiri.
A must read book. Banyak isu tersirat yang
dibincangkan di dalam buku ini yang menggoncang jiwa, menjerut rasa.
Buku yang den baca dalam masa 3 jam semasa di dalam
perjalanan ke Pulau Pinang last week untuk menghantar abah dan menyelesaikan
urusan keluarga.
2 Comments
Masa kanak2 ternampak buku ni di almari umab atok. Ada baca beberapa ms tp x faham mana. Maklum la masa tu belum sunat lg. Hehehe...
ReplyDeleteKalau Sarie jumpa buku ni zaman sekolah dulu memang haram tak kan baca sebab heavy hehehehe
Delete