Alhamdulillah den 41 tahun Isnin lepas, pada 25 March 2019.

Alhamdulillah untuk usia yang ke 41 tahun ni tapi bak kata Ustaz tak kisah berapa panjang pun usia kita, yang penting berapa banyak usia kita yang kita habiskan untuk beramal ibadah untuk bekalan kita untuk tempat tinggal yang kekal abadi.

Kebetulannya 2 hari sebelum birthday den tuh, sempat dengar Ceramah Dhuha bertajuk Bijak Menguruskan Masa (Umur). So memang terkesan la bila Ustaz kobakan ‘semakin bertambah umur, semakin berkurang baki umur sebelum dijemput Sakaratul Maut’. In sya Allah bila den terajin nanti, den cuba coretkan sekupang dua nota yang den sempat salin tentang kuliah nih ye.

Tapi biasa la den nih kan, bila dengar ceramah, insaf la sekejap. Lepas tuh sakan gak la melagho. Haish.

Pertengahan Mac baru-baru ni den sempat bersembang dengan jiran den yang berjaya di dalam perniagaan. Dia cerita tentang penghijrahannya. Memang benarlah ‘Allah memberi hidayah kepada orang yang dikehendakiNya’.

Lately macam rasa banyak plak event yang menyebabkan ada ‘rasa’ di hati.

Macam biasa, den takde celebrate apa pun walaupun den cuti pada hari tu. Pi makan-makan sedap pun idok hehehehehe. Sibuk dengan urusan dunia yang macam-macam dan malas pun iye jugak.

Sebenarnya den dah pesan dengan anak bujang den, si F tuh supaya buat kad birthday untuk den tapi tak diherannya. Minta la si A tu lukis sekali kek ke apa kan tapi itu la nan hado ye. Sakan dok sibuk dengan dinosaursnya tuh. Haish. 

Dah tua-tua ni of course den harapkan belas ihsan dan rahmat Allah yang berterusan kepada den agar den dikurniakan kebahagiaan dunia dan di akhirat.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua ye.

4 Comments

  1. alhamdulillah. happy belated birthday kak..
    may Allah grant all of ur wishes and stay healthy =)

    ReplyDelete
  2. Happy birthday akak...
    (@_-)
    #jmbelog

    ReplyDelete