Macam den dah kobakan dalam entry sebelum ni, mana-mana 3D Art Museum pun memang temanya mengambil gambar sampai lebam di 105 jenis lukisan dan mural yang ada. 

Den rasa tak memang la confirm potong jari tak terambil gambar kat semua gambar yang ada. Asalkan ramai orang beratur, etc kat sesuatu gambar tuh, memang den skip je gambar tuh sebab den memang malas like that hehehhehehe.

Kepada mereka yang memang suka sungguh bergambar dan berOOTD bagai, this is the place for you. Memang ada banyak gila gambar berwarna-warni kat sini yang korang boleh berposing sakan.

Kalau tak silap nih la first time kitaorang masuk 3D Art Museum. Itu pun sebab dah ambil pakej bersekali dengan kereta kabel. Kalau tak memang tak berminat nak masuk ke tempat macam ni sebab keinginan nak melawat tempat-tempat sebegini macam takde hehehehhehe. Belum sampai seru gamaknya.

Den memang ambil gambar sekupang dua je kat sini. Kiddos lagi la tak kuasa nak mengambil gambar. Diaorang sakan dok berlari ke hulu ke hilir je.

Dah la photographer yang mengambil gambar iaitu den dan buong memang takde skill mengambil gambar. Makanya gambar-gambar yang dipetik banyak yang tak semenggah hehehehehehehe.
Gambar favourite den

Whosoever holds this hammer, if he be worthy, shall possess the power of Thor!
Gambar-gambar yang den kategorikan sebagai memang okay
Kebanyakan gambar yang diambil adalah sebegini..blur, etc huhuhuhu
Tapi bagi first timer ke Oriental Village ni kan (lokasi terletaknya 3D Art ni serta Sky Cab), elok la kot rasanya masuk sini sebab dah alang-alang ke sini kan. Sambil menyelam minum air gitu.

Setakat entry ini dibuat, harga tiket bagi dewasa adalah RM 30 dan kanak-kanak adalah RM 20.

Waktu Operasi: 9 pagi - 6 petang (setiap hari).


 

Telefon: 013-5091209

0 Comments