The Language of Flowers by Vanessa Diffenbaugh
“Which
flower defines you the most or what flower are you?”
Buku ni mengisahkan Victoria Jones yang
merupakan seorang gadis yang dibesarkan di rumah anak yatim dan rumah keluarga
angkat yang mempunyai isu nak mempercayai sesiapa sahaja di dalam hidupnya
kerana latarbelakang beliau.
Semasa Victoria berada di rumah keluarga
angkat terakhir, dia banyak belajar tentang bunga daripada ibu angkatnya,
Elizabeth.
Selepas meninggalkan rumah Elizabeth pada
umur 10 tahun akibat suatu tragedy berdarah yang sangat melukakan semua yang
terlibat, Victoria terus membesar di rumah anak yatim sehingga dia meninggalkan
rumah tersebut setelah cukup umur iaitu 18 tahun.
Permulaan kehidupannya penuh berliku dengan
tiada rumah (homeless), duit yang sangat sedikit dan menyebabkan dia terpaksa
mengutip sisa makanan, etc, Victoria akhirnya menemukan arah tuju hidup dengan
kemahirannya mengetahui kehendak pelanggan tentang bunga dan menggubah bunga.
Victoria bekerja di kedai bunga dan berasa hidupnya mula terasa bermakna.
Victoria bertemu dengan Grant yang merupakan
anak saudara Elizabeth yang merupakan usahawan bunga (menanam dan menjual
bunga) secara tidak sengaja dan jatuh cinta.
Apabila Victoria mengandung, dia meninggalkan
Grant kerana tidak mahu Grant rasa terikat dengannya.
Semasa mengandung, Victoria memulakan
perniagaan gubahan bunga sendiri secara kecil-kecilan dan akhirnya menjadi
terkenal kerana keunikan gubahan bunga yang dihasilkan.
Selepas memelihara bayinya selama beberapa
bulan, Victoria meninggalkan bayi yang belum diberi nama kepada Grant kerana
raising a baby is too much for her dan meneruskan kehidupannya sebagai
penggubah bunga.
Akhirnya selepas berdamai dengan kisah silam
yang melibatkan Elizabeth dan Grant serta tragedy berdarah yang mengubah hidup
Victoria, dia cuba memberi peluang kepada diri sendiri untuk merasa kebahagiaan
dengan membuka hatinya untuk menerima kehadiran Elizabeth, Grant dan bayinya di
dalam hidupnya.
Den beli buku ni sebab den terpesona dengan
bahasa bunga yang diceritakan oleh Jodi Picoult dalam buku Mercy.
Bila dah baca buku ni, baru den tau boleh
dikatakan terdapat kamus tentang makna setiap bunga. Serious sangat menarik dan
unik sangat.
Dah tentu ada banyak sangat jenis bunga yang
den tak pernah tau langsung kewujudan dan namanya. Ada bunga yang nak disebut
namanya pun agak terbelit-belit lidah.
Another
book yang den berjaya habiskan sepanjang percutian 3 hari 2 malam di Putrajaya
semasa sambutan Tahun Baru Cina yang lepas.
4 Comments
wahhh menarik juga sinopsis cerita ni...
ReplyDeletesalam perkenalan...
terima kasih sudi komen di blog ini. Salam perkenalan juga ye
DeleteHai, nak tanya mana beli ye? sebab dah lama cari tapi tak jumpa-jumpa
ReplyDeleteHai saya beli buku ni di instagram @thesleepycatbookshop. Boleh juga tanya @purdypeachbooks atau @nisaprelovedbooks atau @thespinebookstore sekiranya mereka ada buku ni
Delete